Petua Keselamatan

Picture №1 – Safety Tips
© UNN

Rusia tidak lebih berbahaya daripada negara maju yang lain. Walau bagaimanapun, jangan lupa tentang keselamatan asas walaupun di tempat paling sunyi.

Tempat Awam dan Pengangkutan

Kebanyakan lawatan ke Rusia adalah bebas masalah, tetapi jenayah kecil masih berlaku di mana-mana bandar besar. Waspada dengan kemungkinan menyamun, pencopet dan kecurian. Pencopet didapati paling aktif dalam pengangkutan awam ketika waktu puncak dan tempat sesak. Ikut beberapa petua mudah ini dan anda tidak ada peluang untuk dirompak:

  • Sentiasa peka ketika dalam pengangkutan awam atau tempat yang ramai orang, jangan terlalu leka dengan gajet anda.
  • Jangan biarkan barangan peribadi anda tanpa pengawasan.
  • Jangan berjalan-jalan di bandar dengan beg atau beg galas anda terbuka luas. Ketika berada di tempat awam, peluk beg anda.
  • Jangan pamerkan barangan berharga, seperti - telefon pintar, tablet, jam mahal atau barangan kemas di tempat awam.
  • Cuba untuk tidak membawa wang yang banyak bersama-sama anda.
  • Jangan simpan nombor PIN kad bank anda dalam satu tempat.

Keselamatan Siber dan Dalam Talian

Ambil langkah keselamatan yang sama anda gunakan ketika membeli belah atau berkomunikasi dalam talian seperti yang anda lakukan di rumah. Jangan beritahu sesiapa nombor PIN kad bank anda atau sebarang maklumat sulit lain.

Penipu

Tidak ada orang yang kalis kepada penipu. Maka:

  • Jangan minta orang yang dikenali menjaga barangan anda dan jangan setuju dengan tawaran atau perkhidmatan yang meragukan.
  • Jangan keluar dengan individu yang meragukan atau orang yang tidak dikenali.
  • Tetap dengan bank atau syarikat yang rasmi dan boleh dipercayai apabila berurusan dengan bank atau kad telefon dan juga pertukaran matawang atau membuat pindahan wang.
  • Jangan beli kad SIM dari gerai tepi jalan: potensi risiko ditipu adalah sangat tinggi. Lebih baik pergi ke kedai telefon terdekat atau kedai am.
  • Jika anda perlu mengeluarkan wang tunai, khususnya jumlah yang besar, lebih baik lakukannya di bank atau di ATM, yang terletak di tempat dikhaskan dan selamat. Jangan tukar wang dengan orang di jalanan; risiko untuk mendapat wang palsu adalah tinggi.

Masa Berhibur

Kelab dan parti adalah hebat, tetapi jangan lupa keselamatan asas.

  • Jika anda mahu pergi ke konsert lebih baik bawa beberapa orang rakan bersama.
  • Di tempat hiburan, cuba untuk sentiasa bersama rakan-rakan dan sentiasa mengawasi barang masing-masing. Jika parti sedang berlangsung sangat mudah untuk anda ditinggalkan tanpa beg, duit atau dokumen.
  • Adalah lebih selamat untuk pulang ke rumah dengan pengangkutan awam atau teksi. Jika anda mengambil keputusan untuk berjalan kaki, jalan di tempat yang terang.
  • Cuba untuk tidak menarik perhatian yang tidak diingini terhadap diri anda. Jika anda mendapati ada orang hiruk-pikuk di hadapan, lintas jalan dan pergi ke kawasan bertentangan. Jangan pedulikan panggilan mereka.

Teksi

Ini bukanlah idea yang baik untuk menahan teksi, kerana terdapat peluang untuk mendapat pemandu teksi yang tidak mempunyai lesen. Golongan itu mungkin termasuk penjenayah sebenar - anda bukan sahaja berisiko kehilangan wang, tetapi juga tidak sampai ke tempat yang ingin anda tuju. Sewa teksi daripada syarikat yang sudah bertapak. Ini lebih selamat dan tambangnya telah ditentukan. Dalam bandar besar anda boleh mendapatkan teksi dengan cepat menggunakan aplikasi mudah alih, seperti Uber atau GetTaxi.

Picture №2 – Safety Tips
© shutterstock.com

Keselamatan Jalanraya

Lintas jalan hanya di kawasan pejalan kaki yang disediakan. Sebelum melintas jalan lihat ke kiri dahulu kemudian ke kanan dan kemudian, jika tiada kereta yang datang, lintas jalan.

Semakan Identiti

Ketika di luar kampus, anda dicadangkan supaya membawa pasport, ID pelajar dan kad migrasi bersama-sama anda. Jangan terkejut jika pegawai polis meminta untuk melihat ID anda. Ini salah satu langkah keselamatan membanteras keganasan bukan terhadap anda, tetapi untuk keselamatan diri anda. Ancaman keganasan, satu daripada kebimbangan global yang paling serius, sangat diambil serius di Rusia. Rusia berjaya dalam membanteras keganasan dan sangat menjaga keselamatan rakyat Rusia dan rakyat asing. Jangan panik ketika pemeriksaan keselamatan dan ID. Ini adalah amalan pencegahan jenayah yang standard.

Nombor kecemasan (percuma)

Simpan nombor panggilan kecemasan di tangan dan hubungi walau sedikit pun dalam bahaya.

Perkhidmatan Penyelamat Umum 112 (talian tetap dan telefon bimbit).
Perkhidmatan Bomba 01 (talian tetap), 101 (bimbit).
Polis 02 (talian tetap), 103 (bimbit).
Ambulans 03 (talian tetap), 103 (bimbit).
Perkhidmatan gas 04 (talian tetap), 104 (bimbit).
Kongsi