Aktiviti Riadah untuk Orang Muda di Rusia

Leisure Activities for Young People in Russia
© HSE University

Pelajar Rusia menjalani kehidupan aktif: mereka pergi ke konsert, menghadiri festival, pertandingan, acara sukan, beraksi di teater pelajar... Apa juga universiti yang anda pilih, anda pasti akan jumpa dengan sesuatu yang anda suka, sama ada sukan, hiburan atau sesuatu yang kreatif.

Festival dan Majlis Istimewa

Picture №2 - Leisure Activities for Young People in Russia
© TSU

Pelbagai festival untuk golongan muda diadakan di Rusia, termasuk muzik, teater, sukan, etnik, dan festival linguistik dan lain-lain. Kebanyakan pelajar bukan sahaja penonton tetapi juga peserta persembahan ini - mereka menyanyi, menari, muncul dalam persembahan drama, dan menunjukkan bakat yang pelbagai.

Parti

Picture №3 – Leisure Activities for Young People in Russia
© IKBFU

Peristiwa yang paling diingati dalam hidup setiap pelajar adalah upacara permulaan bagi pelajar tahun pertama dan hari tamat pengajian.

Tahun ketiga adalah ketika pelajar menyambut Equator, tempoh pertengahan pengajian mereka di universiti. Acara termasuk konsert, sketsa, dan jenaka. Peraturannya, setiap universiti mempunyai ritual kelakar untuk pelajar tahun pertama dan siswazah.

Sebagai contoh, Hippocrates sendiri menyambut pelajar perubatan pada upacara kemasukan mereka, pelajar biologi diberikan cecair berbeza untuk dicuba, seperti air teh, asid sitrik, etc., dan diminta untuk menentukan komposisi cecair tersebut, bakal wartawan diajak makan kepingan suratkhabar dengan jem.

Pelajar siswazah juga mempunyai tradisi mereka yang kelakar: contohnya, siswazah perubatan meletakkan pembalut kepada monumen saintis terkenal Rusia Sechenov dan Pirogov, siswazah fakulti kewartawanan Universiti Negeri Moscow memanjat monumen Lomonosov, pengasas Universiti, dan siswazah Bauman MSTU menaiki tab mandi yang diikat pada kereta mengelilingi asrama pelajar.

Kelab Ceria dan Akal Tajam

Picture №4 – Leisure Activities for Young People in Russia
© PSU

Kelab Ceria dan Akal Tajam adalah tempat pelajar daripada jabatan berbeza bertanding dalam aksi jenaka dan mempersembahkan sketsa lucu. Peserta yang paling pandai berjenaka pintar membentuk pasukan KVN Universiti, yang bermain dalam permainan antara universiti dan KVN seluruh Rusia. Pasukan terbaik di antara yang terbaik berpeluang menyertai rancangan televisyen KVN.

Hari Kebudayaan Kebangsaan

Picture №5 – Leisure Activities for Young People in Russia
© NSU

Ketika Hari Kebudayaan Kebangsaan pelajar dari negara berbeza bercerita kepada pelajar lain tentang negara asal mereka, budaya, tradisi dan hidangan kebangsaan. Perjumpaan sedemikian meluaskan pemandangan pelajar dan membantu mereka belajar banyak perkara baharu yang mempesonakan.

Studio dan Sekolah Seni Persembahan

Picture №6 – Leisure Activities for Young People in Russia
© TSU

Universiti mengadakan pelbagai persatuan kreatif seperti teater pelajar, pancaragam, kumpulan tarian, studio nyanyian dan muzik, dll. Walaupun anda belajar fizik atau matematik, anda masih boleh mendaftar di sekolah lukisan atau kelab sastera.

Persatuan Debat

Picture №7 – Leisure Activities for Young People in Russia
© MISIS

Persatuan debat mengalu-alukan mereka yang suka berdebar dalam topik sosial dan politik atau bermatlamat untuk berkongsi pandangan mereka terhadap masa depan sains. Terdapat universiti yang mengadakan kuiz intelektual.

Kelab Kembara

Picture №8 – Leisure Activities for Young People in Russia
© MISIS

Universiti mempunyai kelab kembara, yang menguruskan perjalanan bersama, berjalan-jalan dan pelancongan kembara. Semua orang dialu-alukan untuk menyertai komuniti ini.

Kelab dan Persatuan

Picture №9 – Leisure Activities for Young People in Russia
© UNN

Pelajar Rusia kerap mewujudkan kelab dan persatuan untuk memenuhi setiap minat, daripada payung terjun kepada catur, permotoran atau permainan orang Timur seperti dadu dan backgammon.

Kerja sukarela

Picture №10 – Leisure Activities for Young People in Russia
© IKBFU

Universiti mempunyai pusat sukarelawan bagi pelajar untuk mengetahui tentang projek yang sedang berjalan, inisiatif, acara, dan latihan amali sukarelawan di Rusia dan organisasi asing. Terdapat peluang untuk bekerja sebagai sukarelawan di Rusia dan luar negara. Anda juga boleh dapati banyak komuniti dalam media sosial dikhaskan untuk kerja sukarela di Rusia. Sertai mereka dan akan selalu dapat mengetahui apabila ada kerja amal.

Sukan

Picture №11 – Leisure Activities for Young People in Russia
© RUDN University

Apabila anda mendaftar di universiti Rusia, anda secara automatik dapat akses kepada lapangan sukan, stadium, kompleks sukan, kolam renang, dewan kecergasan, dan komuniti sukan. Anda boleh melibatkan diri dalam sukan amatur dan profesional.

Setiap universiti menganjurkan kejohanan mereka sendiri, pertandingan antara jabatan, penyertaan antara kolej, perbandaran, Rusia dan pertandingan antarabangsa, termasuk Universiade.

Kelab Sukan

Picture №12 – Leisure Activities for Young People in Russia
© UNN

Adakah anda suka bersukan? Sertai kelab sukan di universiti anda. Jurulatih yang bekerja dengan pelajar terdiri daripada kakitangan daripada jabatan pendidikan jasmani, atlet kehormat, pemenang pertandingan kebangsaan dan antarabangsa. Pelajar menghadiri kelab sukan universiti secara percuma. Pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam sukan berlainan menjadi ahli dalam pasukan universiti. Untuk maklumat berkenaan kelab sukan, lawat bahagian universiti dalam laman sesawang Study in Rusia atau bahagian Sukan dalam laman sesawang universiti.

Gimnasium

Picture №13 – Leisure Activities for Young People in Russia
© NSU

Anda tidak perlu memasuki kelab untuk meneruskan minat bersukan. Anda boleh lawati dewan sukan dan gimnasium (banyak dalam bangunan dorm), kolam renang dan kemudahan sukan yang lain di universiti pada masa yang sesuai dan dengan diskaun, atau percuma (bergantung kepada universiti).

Aktiviti Luar

Picture №14 – Leisure Activities for Young People in Russia
© FEFU

Terdapat banyak peluang untuk aktiviti luar di Rusia. Taman dan taman awam adalah tepat menarik untuk bermain kasut roda, berbasikal atau bermain papan luncur. Ketika musim sejuk, anda boleh melawat gelanggang luncur ais atau trek ski. Terdapat juga tembok panjat dan tempat peranginan pinggir bandar.

Kongsi