Permohonan ke Universiti Rusia: Bagaimana Untuk Mengelakkan Masalah

Permohonan ke Universiti Rusia: Bagaimana Untuk Mengelakkan Masalah

Nasihat berguna kepada calon pelajar antarabangsa: bagaimana cara menyerahkan dokumen, membayar pengajian anda dan mendapatkan visa Rusia.

Nasihat berguna kepada calon pelajar antarabangsa: bagaimana cara menyerahkan dokumen, membayar pengajian anda dan mendapatkan visa Rusia.

Sekiranya anda memutuskan untuk belajar di Rusia, anda harus bersedia bagi pemilihan yang ketat dan kompetitif, memenuhi keperluan dokumen dan mengatur jadual perjalanan. Anda boleh menghadapinya tanpa bantuan. Hanya ingat peraturan-peraturan mudah yang akan membantu anda mengelakkan masalah yang mungkin boleh berlaku.

Mengemukakan dokumen kepada universiti

Setelah memilih universiti dan bakal jurusan anda, hubungi wakil universiti untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan hantarkan permohonan anda. Lengkapkanw prosedur permohonan dengan menggunakan laman web rasmi seperti studyinrussia.ru, platform rasmi Kementerian Sains dan Pengajian Tinggi Rusia, hanya log masuk dan isi borang soal selidik; pendaftaran dan pemprosesan permohonan adalah percuma. Berhati-hatilah dengan khidmat orang tengah yang tidak jujur semasa menghantar permohonan anda dari laman web lain. Laman-laman web mereka sering kelihatan seperti laman web rasmi dan memikat pemohon-pemohon dengan janji "kemasukan terjamin," "bantuan untuk mendapatkan geran, sokongan visa" dan lain-lain.

fefu.jpg
© FEFU

Apabila anda membuat permohonan sendiri, ingatlah bahawa

  • Salinan dokumen yang diperlukan harus dimuat naik ke laman web universiti atau dihantar melalui e-mel ke alamat yang diberikan oleh wakil universiti. Jangan hantar salinan-salinan dokumen daripada laman web perantara.
  • Simpan dokumen asal pada diri sendiri, jangan mengirimkannya kepada orang lain melaui tangan atau surat-menyurat.
  • Jangan masukkan data peribadi anda seperti alamat e-mel, nombor telefon atau nombor kad kredit di laman web yang kurang dikenali; ini boleh menjejaskan maklumat peribadi anda.

Sekiranya anda masih merancang untuk menggunakan perkhidmatan orang tengah, pastikan syarikat itu boleh dipercayai sebelum memindahkan wang untuk pemprosesan dokumen atau perkhidmatan-perkhidmatan lain. Ingatlah bahawa pihak universiti tidak bertanggungjawab terhadap tindakan orang tengah.

Yuran pengajian:

Pihak universiti tidak pernah menuntut pembayaran yuran pengajian bagi tempoh keseluruhan pengajian. Mengikut peraturan, pihak universiti mengeluarkan bil-bil untuk tempoh satu semester. Pemindahan wang dibuat menggunakan butiran bank yang terdapat di laman web universiti. Jika ada pautan untuk "make payment (membuat pembayaran)" pelajar dihalakan ke halaman pembayaran. Ingat untuk menyimpan resit: kadang-kadang kakitangan universiti akan memeriksanya.

shutterstock_289585190.jpg
© shutterstock.com

Visa

Anda tidak mungkin menghadapi masalah berkaitan visa sekiranya anda diterima masuk ke universiti Rusia. Sebaik sahaja anda mendapat jemputan dari universiti, anda harus menyerahkan dokumen-dokumen anda kepada Kedutaan Rusia di negara anda, konsulat Rusia atau pusat visa yang akan memeriksanya bagi mengeluarkan kebenaran memasuki Rusia. Wakil dari pihak universiti di mana anda mendaftar akan memberikan garis panduan visa secara terperinci. Pergi ke bahagian Visa untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut.

Insurans kesihatan

Setiap pelajar antarabangsa tanpa mengira kaedah pengajian yang mereka pilih diwajibkan memiliki insurans kesihatan. Syarikat-syarikat asing biasanya menawarkan insurans kesihatan perjalanan yang tidak dapat menampung sepenuhnya kos rawatan di pusat-pusat perubatan Rusia. Kami mengesyorkan anda untuk memberi perhatian terhadap peraturan insurans kesihatan di Rusia.

shutterstock_113775370.jpg
© shutterstock.com

Mencari tempat penginapan

Universiti-universiti Rusia menawarkan kepada warganegara asing penginapan asrama; berdasarkan peraturan, semua kemudahan disediakan. Sekiranya anda tidak mahu berkongsi bilik atau asrama tidak disediakan, anda boleh menyewa pangsapuri. Mulakan dengan berunding dengan wakil dari pihak universiti di mana anda merancang untuk belajar. Mereka mungkin boleh membantu anda untuk mencari penginapan. Untuk membandingkan nilai sewaan, layani laman web hartanah seperti cian.ru, irr.ru dan avito.ru Gunakan penterjemah dalam talian jika anda tidak tahu bahasa Rusia.

Ikuti peraturan-peraturan berikut semasa memilih pangsapuri di Rusia:

  • Baca perjanjian penyewaan dengan teliti. Sekiranya anda tidak boleh berbahasa Rusia, minta pejabat antarabangsa universiti atau kenalan-kenalan Rusia anda untuk membantu anda.
  • Jangan membuat pembayaran pendahuluan sebelum menandatangani perjanjian penyewaan
  • Pastikan tuan rumah adalah pemilik pangsapuri tersebut dengan memeriksa dokumen hartanahnya.
DSC_1594misis.jpg
© MISIS

Berpindah ke bandar

Kebanyakan universiti di Rusia menawarkan pelajar-pelajar antarabangsa perkhidmatan pengangkutan dari lapangan terbang secara percuma. Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan ini, kami menasihatkan anda untuk menghubungi wakil dari pihak universiti terlebih dahulu dan meminta maklumat yang tepat. Dalam sesetengah situasi, anda diminta untuk menghantar permohonan di laman web universiti sebelum ketibaan anda. Sukarelawan universiti kadangkala bertemu dengan pelajar antarabangsa di lapangan terbang untuk membantu mereka pergi ke universiti.

Sekiranya anda ingin meninggalkan lapangan terbang secara bersendiri, gunakan pengangkutan awam atau menaiki teksi. Berhati-hati semasa menyewa teksi, gunakan perkhidmatan teksi rasmi sahaja. Cara terbaik untuk memesan teksi adalah dengan menggunakan aplikasi perkhidmatan kereta atas permintaan seperti Uber, Gett atau Yandex.Taxi; muat turunnya sebelum datang ke Rusia. Ia akan menunjukkan anggaran tambang (500 hingga 1,500 rubel) bergantung kepada bandar dan syarikat teksi. Beberapa lapangan terbang mempunyai terminal untuk menempah teksi secara dalam talian.

Kongsi