Pendidikan Kejuruteraan di Rusia untuk Warganegara Asing

Pendidikan Kejuruteraan di Rusia untuk Warganegara Asing

Pintu universiti berprestij Rusia terbuka untuk calon pelajar dari negara asing.

Jurutera adalah profesion yang paling dicari di dunia yang serba moden ini kerana perkembangan berterusan industri dan teknologi-teknologi baru. Pekerjaan sebagai jurutera terbahagi kepada pelbagai bidang seperti kejuruteraan tenaga elektrik dan haba, kejuruteraan mekanikal, elektronik, kejuruteraan tenaga, metalurgi, teknologi IT, perlombongan, kejuruteraan awam, kejuruteraan pesawat dan roket, perubatan dll. Bergantung kepada jurusan, graduan universiti kejuruteraan boleh diambil bekerja sebagai jurutera mekanikal, ahli teknologi atau jurutera reka bentuk bagi mencipta, memperbaiki, menguji dan mengaplikasikan pelbagai mesin dalam operasi.

Universiti kejuruteraan Rusia menawarkan pendidikan peringkat tinggi yang menarik minat pemohon-pemohon dari seluruh dunia. Mereka memperoleh pengetahuan teori dan pengalaman praktikal. Antara kelebihan lain belajar di Rusia adalah yuran yang berpatutan, peluang untuk mendaftar dalam program yang diajar dalam bahasa Inggeris dan program dwi ijazah yang membolehkan pelajar memperoleh ijazah dari universiti Rusia dan universiti asing.

двфу_01.jpg
© FEFU

Universiti-universiti negeri Rusia menawarkan pelbagai profesion kejuruteraan. Senarai universiti yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan dan Sains Rusia mengandungi pelbagai dozen jurusan, daripada kejuruteraan pesawat dan roket hingga kejuruteraan bio. Gunakan alat carian yang mudah di laman web kami untuk memilih program pendidikan dan universiti yang sesuai. Masuk ke laman web kami untuk menulis terus ke universiti (penghantaran/pemprosesan permohonan adalah percuma).

Beberapa pembekal pendidikan kejuruteraan Rusia disenaraikan di bawah:

  • Institut Fizik dan Teknologi Moscow melatih pakar dalam matematik dan fizik gunaan, kejuruteraan perisian, analisis dan pengurusan sistem, keselamatan siber dll. MIPT muncul secara konsisten di dalam ranking universiti QS, ARWU dan THE yang berprestij.

  • Universiti Penyelidikan Nuklear Kebangsaan MEPhl menawarkan calon pelajar antarabangsa lebih daripada 100 bidang tumpuan; yang paling popular adalah fizik nuklear, operasi loji tenaga nuklear dan pengaturcaraan sistem. MEPhI adalah pendahulu yang diiktiraf dalam melatih jurutera kuasa nuklear.

  • Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan MISIS ialah universiti kejuruteraan terkemuka di Rusia yang mempunyai pengalaman luas dalam melatih jurutera dalam bidang sains bahan, metalurgi dan perlombongan. Terdapat juga program dalam teknologi IT dan nanoteknologi.

  • Universiti Politeknik Penyelidikan Kebangsaan Tomsk adalah pembekal pendidikan kejuruteraan dalam bidang nanoteknologi, pembangunan bidang minyak dan gas, kejuruteraan mekanikal, sains bahan, kejuruteraan perisian dll.

  • Universiti Politeknik Peter the Great St. Petersburg ialah salah satu pusat pengajian tinggi kejuruteraan tertua di Rusia. Pelajar antarabangsa sering memilih program dalam bidang kejuruteraan kuasa, teknologi maklumat dan kejuruteraan awam.

HSE1.jpg
© HSE
  • Universiti Samara adalah pusat sains dan pendidikan yang khusus dalam melatih jurutera industri aeroangkasa. Program yang paling popular adalah kejuruteraan pesawat, kompleks pelancaran roket dan bidang angkasawan. Bidang fokus teknikal lain merangkumi maklumat dan sains komputer, teoritikal mekanik dll.

  • Universiti Persekutuan Siberia ditubuhkan untuk melatih pakar dalam industri dan kejuruteraan tenaga. Ia pada masa kini menyediakan pendidikan tinggi dalam bidang metalurgi, geoteknologi, kejuruteraan tenaga, bioteknologi, sistem komunikasi, pembangunan bidang minyak dan gas dll.

  • Pendidikan kejuruteraan di Timur Jauh Rusia mempunyai sejarah yang lama. Pada tahun 2018, Fakulti Kejuruteraan Universiti Persekutuan Timur Jauh mencecah usia seratus tahun. Terdapat lebih daripada 80 jurusan dalam senarai program pendidikan dari pelbagai peringkat termasuk pembangunan bidang minyak dan gas, perlombongan, kejuruteraan mekanikal dan robotik, pembinaan kapal, kejuruteraan tenaga elektrik dan kejuruteraan elektrik dll.

  • Universiti Negeri Novosibirsk menyediakan pendidikan kejuruteraan dalam nanoteknologi, sistem laser, elektronik, bioteknologi perubatan dan teknologi maklumat. Universiti ini terletak di pusat sains Akademgorodok yang menawarkan peluang penyelidikan yang sangat baik kepada pelajar.

  • Universiti Persekutuan Ural mempunyai program kejuruteraan yang popular yang merangkumi kejuruteraan mekanikal, metalurgi, IT, bioteknologi dan kejuruteraan tenaga.

  • Universiti Elektroteknikal Saint Petersburg "LETI" pakar dalam melatih profesional dalam bidang elektronik, radio dan kejuruteraan elektrikal, sistem kawalan, kejuruteraan alat dan teknologi maklumat. Universiti itu telah melatih lebih daripada 3,500 orang jurutera sejak enam dekad yang lalu.

  • Universiti Penyelidikan Kebangsaan ITMO tertumpu untuk melatih jurutera dalam bidang teknologi maklumat. Pelajar-pelajar ITMO telah berulang kali memenangi tempat teratas dalam pertandingan pengaturcaraan antarabangsa. Universiti ini juga memberikan pendidikan yang baik dalam bidang fotonik dan optoinformatik, kejuruteraan laser dan bioteknologi makanan.

unn_students-16.jpg
© UNN
  • Universiti Negeri Tomsk adalah salah satu pusat pendidikan tertua di Rusia yang mempunyai status institusi penyelidikan kebangsaan. Warganegara asing boleh mendaftar dalam pelbagai program kejuruteraan, seperti teknologi maklumat, kejuruteraan pesawat dan roket, bioinformatik, mekanik, kejuruteraan mekanikal dll.

  • Universiti Persekutuan Ural Selatan merupakan pembekal pendidikan kejuruteraan yang lain. Pelajar antarabangsa sering memilih bidang teknologi IT, kejuruteraan awam dan seni bina; banyak bidang lain juga tersedia seperti metalurgi, teknologi bahan, keselamatan teknosfera, elektronik dll.

  • Universiti Tyumen adalah universiti klasik Rusia yang menawarkan program-program kejuruteraan. Pembangunan Bidang Minyak dan Gas adalah salah satu bidang yang paling popular. Sebagai contoh, universiti ini menawarkan program siswazah dalam bidang kejuruteraan konsep bagi industri minyak dan gas; kelas dijalankan oleh guru-guru universiti dan wakil-wakil syarikat kejuruteraan terbesar Rusia. Semasa dalam pengajian, pelajar didedahkan dengan projek sebenar yang dipesan oleh syarikat domestik terkenal Gazprom Neft.

Pelajar antarabangsa boleh mengikuti program-program kejuruteraan dalam bahasa Rusia mahu pun bahasa Inggeris. Gunakan alat carian kami untuk mencari pilihan program yang sesuai dengan memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekiranya pemohon ingin belajar dalam bahasa Rusia tetapi tidak dapat bertutur dengan baik, mereka boleh memasuki Jabatan Persediaan yang terdapat di kebanyakan universiti di Rusia. Mereka boleh mengikuti tempoh kursus satu tahun mempelajari bahasa Rusia dan disiplin-disiplin kejuruteraan (fizik, matematik, bidang informatik dll) yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran. Selepas menamatkan latihan pra-universiti, pelajar mengambil peperiksaan dan seterusnya memperoleh sijil. Kemudian mereka boleh mendaftar dalam program pendidikan asas.

unn_students-8.jpg
© UNN

Cara memohon ke universiti kejuruteraan Rusia

Para pemohon ke universiti Rusia perlu melepasi prosedur pemilihan yang ketat. Pelajar yang merancang untuk belajar di bawah kontrak mesti lulus peperiksaan kemasukan yang diadakan khas untuk warganegara asing. Kos pendidikan di Rusia lebih rendah berbanding di Eropah atau Amerika. Contohnya, yuran pengajian untuk program ijazah dan ijazah pakar dalam bidang mekanik, pemodelan matematik, informatik asas dan teknologi maklumat bermula dari 89,000 rubel ($ 1,480) setahun. Yuran pengajian untuk radiofizik, kimia, fizik, mekanik bahan, kejuruteraan awam, kejuruteraan perisian, keselamatan maklumat, elektronik, kejuruteraan instrumen, kejuruteraan elektrik dan haba dan kuasa, mekatronik, robotik dan metalurgi bermula daripada 102,000 rubel ($ 1,700) ke atas setahun. Yuran pengajian tahunan untuk program seperti fizik nuklear dan fizik terma, peralatan pesawat terbang dan roket, pembinaan kapal dan kejuruteraan nano bermula daripada 153,000 rubel ($ 2,550).

Pemohon antarabangsa boleh mengambil Peperiksaan Negeri Bersepadu yang diadakan dalam 14 mata pelajaran dalam bahasa Rusia. Sebagai peraturan, jurusan-jurusan kejuruteraan memerlukan peperiksaan kemasukan dalam matematik, fizik dan informatik dan ada masanya dalam biologi atau kimia untuk profesion yang berkaitan seperti kejuruteraan bio. Laman web universiti mempunyai maklumat terperinci mengenai mata pelajaran yang diperlukan untuk profesion tertentu.

Calon-calon pelajar berbakat dengan gred yang baik dalam sijil pendidikan mereka boleh mencuba untuk memenangi pertandingan biasiswa kerajaan atau mengambil bahagian dalam Olimpiad antarabangsa yang dikelolakan oleh pihak universiti. Cari maklumat lanjut mengenai Olimpiad:

МИФИ_01.jpg
© MEPhI

Pelajar-pelajar antarabangsa mengambil bahagian dalam penyelidikan di bawah bimbingan guru berpengalaman dan berkesempatan mengikuti latihan industri secara kerap di syarikat-syarikat Rusia sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang berprestij setelah menamatkan pengajian. Sebagai contoh, Universiti Politeknik St Petersburg bekerjasama dengan syarikat pembinaan, minyak dan gas dan tenaga Rusia yang memberikan pengalaman praktikal kepada pelajar. Pelajar kejuruteraan tenaga di Universiti Penyelidikan Nuklear Kebangsaan MEPhI, Universiti Persekutuan Siberia dan pusat pendidikan lain mempelajari operasi loji tenaga nuklear. Bakal pengaturcara dari Universiti Negeri Novosibirsk mendapat tawaran kerja di syarikat perisian Siberia dan di institusi-institusi cawangan Akademi Sains Rusia di Siberia.

Hari ini, profesion kejuruteraan adalah antara kerjaya yang paling popular kerana tidak ada syarikat yang dapat berfungsi tanpa pakar dalam bidang ini. Sebab inilah sebilangan besar lulusan universiti kejuruteraan cepat mendapat pekerjaan dengan gaji yang besar.

Jangan buang masa jika anda ingin mendapatkan ijazah dalam bidang kejuruteraan. Gunakan alat carian kami untuk mencari program yang sesuai. Daftar ke dalam laman web dan hantarkan permohonan anda ke universiti secara langsung; anda juga boleh mengemukakan soalan anda kepada pegawai Pejabat Antarabangsa dan jangkakan balasan dalam masa sepuluh hari bekerja.


Kongsi