Perubatan Am

Perubatan Am

Latihan dalam Perubatan Am disediakan melalui program ijazah pakar selama enam tahun. Para graduan ditauliahkan sebagai pengamal perubatan am atau doktor perubatan. Untuk memperoleh pendaftaran sepenuhya, anda harus melengkapkan program residensi dan latihan industri atau kursus pascasiswazah. Perubatan Am adalah latihan peringkat kemasukan yang membuka peluang yang lebih khusus untuk menjadi pakar bedah, ahli terapi, pakar kardiologi, pakar pediatrik dll. Setiap tahun, para pelajar wajib menjalani praktikal penjagaan pesakit dalam dan luar di hospital dan stesen-stesen pertolongan cemas.

Belajar di Rusia: Semua program dalam Perubatan Am.

Peperiksaan Kemasukan

Sebagai peraturan, pemohon Perubatan Am harus menduduki peperiksaan kimia, biologi dan bahasa Rusia. Universiti Perubatan Pertama Negeri Moscow Sechenov adalah satu-satunya pusat pengajian tinggi yang tidak memerlukan para pelajar menduduki peperiksaan biologi. Untuk diterima masuk, para pemohon antarabangsa harus lulus peperiksaan kemasukan universiti. Hubungi universiti yang dipilih untuk meminta senarai semak peperiksaan.

Di mana tempat mendapatkan latihan untuk kerjaya dalam Perubatan Am

Universiti Perubatan Pertama Negeri Moscow Sechenov (MSMU)

Ia adalah universiti perubatan tertua di Rusia yang ditubuhkan pada tahun 1758. Fakulti Perubatan Am MSMU adalah yang terbesar di negara ini yang memberi latihan kepada kira-kira 8,000 orang pelajar. Kakitangan termasuk ahli-ahli akademik dan rakan-rakan dari Akademi Sains Rusia. Untuk diterima masuk ke dalam program Perubatan Am, pemohon-pemohon antarabangsa harus mengambil ujian berasaskan komputer dalam subjek kimia dan bahasa Rusia. Para pemohon antarabangsa boleh memilih bahasa Inggeris sebagai bahasa peperiksaan.

Universiti Persekutuan Baltik Immanual Kant (IKBFU), Kaliningrad

IKBFU adalah pengganti sah kepada Universiti Konigsberg, atau Albertina yang ditubuhkan pada abad ke-16. Fakulti perubatannya membuka permohonan untuk jurusan Perubatan Am pada tahun 2016. IKBFU mempunyai Jabatan Persediaan untuk calon-calon pelajar antarabangsa dan kursus intensif bahasa musim panas yang meningkatkan kemahiran pelajar kepada tahap yang diperlukan.

Universiti Negeri Novosibirsk (NSU), bandar Novosibirsk

Institut Perubatan dan Psikologi NSU menawarkan pengajian dalam bidang Perubatan Am. Ia melatih pakar yang mahir dengan kedua-dua latar belakang perubatan klinikal dan penyelidikan. Latihan perubatan NSU bertujuan untuk menghubungkan praktikal penjagaan kesihatan dengan sains berkembang.

Universiti Persahabatan Rakyat Rusia (RUDN), Moscow

Fakulti Perubatan RUDN adalah unit terbesar universiti tersebut yang memberikan latihan kepada kira-kira 3,600 orang pelajar; badan pelajarnya terdiri daripada 40 peratus pelajar luar. Pelajar-pelajar perubatan boleh mempelajari bahasa asing (bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Cina) dan mendapatkan sijil penterjemah mengikut bidang. Fakulti Perubatan RUDN proaktif dalam menerapkan teknologi perubatan baru dan program-program inovatif untuk melatih para pelajar.


Universiti Persekutuan Asia Timur (FEFU), Vladivostok

Pusat Pengajian Bioperubatan FEFU menawarkan latihan dalam Perubatan Am. Pusat Pengajian ini memberi tumpuan kepada interaksi antara sains asas dan penjagaan kesihatan serta penyelidikan bioperubatan yang inovatif. Pemohon antarabangsa berpeluang untuk mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan kemasukan dan mengambil kursus bahasa Rusia sebagai bahasa asing (untuk pelajar dari semua tahap kecekapan bermula dari pemula) di Jabatan Persediaan FEFU.

Universiti Penyelidikan Nuklear Kebangsaan (MEPhI), Moscow

Perubatan Am adalah jurusan yang ditawarkan oleh Institut Kejuruteraan Fizik MEPhI untuk Bioperubatan. Institut ini menggalakkan penggunaan teknologi bioperubatan terbaru dan pemindahan pengetahuan yang berkaitan dengan perubatan praktikal.

Bahasa pengantar: bahasa Rusia atau bahasa Inggeris. Fakulti Pelajar Asing menyediakan latihan asas selama satu tahun dalam bidang bioperubatan. Ia merangkumi kursus bahasa Rusia, kimia, fizik, matematik dan sains komputer.

Universiti Persekutuan Kazan (KFU), bandar Kazan

Institut Asas Perubatan dan Biologi KFU mengikuti tradisi Fakulti Perubatan KFU yang ditubuhkan pada tahun 1806. Program-program IFMB memfokuskan kepada penyelidikan antaradisiplin yang memberikan pendidikan asas perubatan kepada para pelajar. Pada ketika ini institut tersebut melatih lebih daripada 1,600 orang pelajar termasuk kira-kira 500 orang pelajar asing.

 

Lihat senarai penuh program-program di ruangan Belajar di Rusia laman web dan buat pilihan anda.
Kongsi