Cara Menyesuaikan diri dengan Negara Asing: Nasihat untuk Pelajar Antarabangsa

Cara Menyesuaikan diri dengan Negara Asing

Belajar di luar negara memberikan peluang baru dan pengalaman menakjubkan dalam persekitaran yang luar daripada kebiasaan serta jauh dari keluarga dan rakan-rakan. Penyesuaian diri dalam negara baru memerlukan masa. Berikut adalah beberapa cadangan untuk memudahkan prosesnya.

Belajar di luar negara memberikan peluang baru dan pengalaman menakjubkan dalam persekitaran yang luar daripada kebiasaan serta jauh dari keluarga dan rakan-rakan. Penyesuaian diri dalam negara baru memerlukan masa. Berikut adalah beberapa cadangan untuk memudahkan prosesnya.

Bergembiralah

Anda mungkin merasa rindu kepada rumah pada mulanya. Ini adalah reaksi normal terhadap kehidupan yang baru, (iklim, makanan, bahasa), jadi kekalkan semangat anda. Sebilangan besar pelajar yang memilih untuk belajar di luar negara mengalami saat berasa kecewa atau mahu berputus asa dan pulang kembali ke rumah. Anda perlu mengatasinya dan menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti untuk membiarkan perasaan ini berlalu. Adalah sangat penting untuk tidak berasa malu untuk meminta pertolongan atau menerima kenalan baru. Ingatlah bahawa sebarang kesulitan hanyalah sementara.

Bersosial Dengan Lebih Banyak

misis
© MISIS

Sudah tentu, manusia berbeza dari segi keperluan untuk berhubungan dengan orang lain, tetapi walaupun anda seorang introvert, cubalah untuk tidak terlalu memencilkan diri. Universiti sering mengatur perjumpaan untuk pelajar baru supaya berkenalan antara satu sama lain. Pelajar antarabangsa boleh menyertai kelab-kelab universiti untuk bersosial, perbincangan, dan pertukaran budaya. Sebagai peraturan, universiti mempunyai komuniti rakan senegara, tetapi janganlah bergantung kepada mereka sepanjang masa, cuba berkawan dengan orang dari negara lain: ini adalah salah satu bonus belajar di persekitaran antarabangsa. Ramai pelajar antarabangsa mengatakan bahawa mereka telah berkawan dengan orang Rusia; ini membantu mereka mempelajari tradisi tempatan dan peraturan tingkah laku dengan lebih baik, mengembangkan minat terhadap masakan Rusia malah juga belajar memasak beberapa masakan Rusia.

Minta Bantuan Para Sukarelawan

SPbPU
© SPbPU

Sebilangan besar universiti mempunyai organisasi sukarelawan dan Jabatan Penyesuaian Budaya dan Sosial. Mereka memberikan pelbagai jenis sokongan kepada pelajar baru, bertemu mereka di lapangan terbang atau stesen keretapi, menunjukkan sekitar kampus dan bandar serta membantu pergerakan di dalam asrama penginapan, membuat diri mereka berasa seperti di rumah dan menyelesaikan masalah harian. Semasa menyesuaikan diri mereka, para pelajar baru mendapat petua mengenai kehidupan seorang pelajar, pertukaran mata wang, kedai makanan, kafe, pergerakan ke kampus dll. Para sukarelawan memberi sokongan kepada para pelajar sepanjang pengajian mereka dan sentiasa bersedia untuk menjawab soalan, memberi nasihat atau membantu.

Pelajari Bahasa dan Budaya Negara Tuan Rumah

MISIS
© MISIS

Warganegara asing sering mengakui bahawa kekurangan penguasaan bahasa Rusia adalah salah satu masalah utama yang mereka hadapi di negara ini. Mereka tidak dapat menyatakan pendirian diri dan kadang-kadang disalah erti. Mereka kebanyakannya mengalami masalah itu di bandar-bandar kecil; di bandar-bandar besar, ramai penduduk, terutamanya golongan muda, boleh berbahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, asas bahasa Rusia akan berguna walaupun anda datang untuk belajar dalam program yang menggunakan bahasa Inggeris. Sebaiknya pelajari beberapa frasa utama terlebih dahulu untuk mempermudahkan urusan selanjutnya. Kursus bahasa Rusia disediakan untuk pelajar antarabangsa di universiti; beberapa universiti menjalankan kursus adaptasi khas yang merangkumi budaya dan mentaliti negara Rusia dan mengajar frasa-frasa mudah dalam bahasa Rusia untuk komunikasi harian. Adalah penting untuk tidak berasa malu dan berlatih dengan lebih kerap. Sudah tentu, anda akan melakukan kesilapan, tetapi itu adalah perkara biasa, tidak ada yang akan mengkritik anda, sebaliknya usaha anda untuk belajar bahasa pasti akan dihargai.

Menghadiri Acara-acara Menarik

ETU LETI
© ETU "LETI"

Ketahui lebih lanjut mengenai bandar raya tuan rumah dan lihat tempat-tempat menariknya. Ikuti program ekskursi; lawati muzium pada masa lapang. Sebagai peraturan, mana-mana bandar mengadakan banyak acara-acara awam secara percuma. Maklumat mengenai acara-acara ini boleh didapati di Internet. Anda boleh melancong pada masa lapang pada hujung minggu dan musim cuti. Rusia mempunyai banyak tempat indah yang mesti anda lawati dengan segenap cara. Jemput rakan-rakan jurusan anda untuk melancong dengan anda - perjalanan bersama lebih murah dan menyeronokkan.

Sertailah Kumpulan atau Persatuan Hobi

TPU
© TPU

Kehidupan pelajar dipenuhi aktiviti; anda tidak akan pernah berasa bosan. Anda boleh mengejar pelbagai hobi, dari filem atau bahasa asing hingga bermain catur dan mendaki. Terdapat teater pelajar serta kumpulan seni, tarian dan muzik. Sudah tentu, universiti mempunyai kemudahan sukan seperti bilik kecergasan, stadium, kolam renang; majoriti mempunyai pasukan bola sepak dan pasukan bola tampar mereka sendiri. Perayaan, percutian bersempena hari kebudayaan kebangsaan diadakan sepanjang tahun; pelajar antarabangsa boleh mengambil bahagian sebagai penganjur mahupun sebagai artis.

Sentiasa Berhubung dengan Keluarga Anda

MISIS
© MISIS

Komunikasi dengan saudara mara dapat membantu anda berasa selesa. Hubungi keluarga atau rakan anda dari semasa ke semasa; ini sangat penting bagi pelajar-pelajar baru sehingga mereka mendapat kenalan-kenalan baru. Rusia mempunyai rangkaian internet yang murah dan pantas, oleh itu komunikasi tidak akan menjadi masalah. Wi-Fi percuma biasanya tersedia di bangunan-bangunan akademik sementara asrama mempunyai jaringan internet tersendiri. Luangkan sedikit masa untuk menghubungi keluarga anda tetapi jangan terlalu menumpukan perhatian terhadap hal ini; cuba manfaatkan persekitaran baru dan peluang yang dimiliki ketika belajar di luar negara.

Kongsi