Asrama universiti-universiti di Rusia: keadaan hidup dan kadar bayaran perumahan

Asrama universiti-universiti di Rusia: keadaan hidup dan kadar bayaran perumahan

Sebilangan besar pelajar antarabangsa tinggal di asrama semasa mereka belajar di Rusia. Berdasarkan peraturan, asrama terletak berhampiran dengan blok mengajar dengan bayaran penginapan yang jauh lebih rendah berbanding dengan harga sewa apartmen atau hotel.

Jenis Asrama yang Terdapat untuk Pelajar Antarabangsa di Rusia

Universiti-universiti di Rusia mempunyai asrama jenis koridor, blok dan jenis apartmen. Penyewa asrama jenis koridor berkongsi bilik mandi, tandas dan dapur di tingkat bawah, manakala di asrama jenis blok terdapat kemudahan di setiap bahagian. Di asrama jenis apartmen, semua kuarters penginapan dilengkapi dengan bilik mandi dan dapur. Banyak universiti menawarkan ketiga-tiga jenis asrama; pelajar antarabangsa boleh ditempatkan di mana-mana tempat bergantung kepada kekosongan yang ada.

DSC_3585.jpg
© NSU
Ini adalah amalan rutin di Universiti Persekutuan Ural dan Universiti Persekutuan Siberia. Universiti Tyumen hanya menempatkan pelajar antarabangsa di asrama jenis apartmen. Universiti Negeri Ural Selatan menyediakan perumahan jenis blok untuk pelajar antarabangsa, sementara Universiti Penyelidikan Kebangsaan Negeri Lobachevsky Nizhni Novgorod mempunyai perumahan jenis koridor.

Beberapa universiti di Rusia menampung pelajar antarabangsa di asrama gaya hotel. Contohnya, pelajar antarabangsa Universiti Persekutuan Kazan tinggal di kejiranan 'Universiade Village' yang dibina untuk peserta dalam Sukan Pelajar Musim Panas Dunia 2013 di Kazan. Universiti Persekutuan Asia Timur menempatkan pelajar di kompleks Sidang Kemuncak APEC 2012 yang menampilkan keadaan tempat tinggal hotel empat bintang dan khidmat pembersihan bilik setiap hari.

fefu_1.jpg
© FEFU
Beberapa bangunan asrama universiti adalah bangunan bersejarah. Pelajar Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan MISiS tinggal di Dom Kommuna, sebuah monumen seni bina era Konstruktivisme yang unik pada awal abad XX. Ini tidak bermaksud bahawa pelajar tidak cukup selesa: asrama ini baru-baru ini diubahsuai dan dinaik taraf tetapi ciri-ciri asalnya tetap dipelihara.

Дом Комунны2.jpg
© MISIS

Keadaan Hidup di Asrama

Biasanya ada satu hingga empat orang yang tinggal dalam setiap bilik. Bilik dua hingga tiga orang biasanya diperuntukkan untuk pelajar sarjana muda (penginapan empat orang jarang berlaku), bilik dua orang dikongsi antara pelajar sarjana dan pelajar pascasiswazah ditawarkan bilik untuk seorang di beberapa universiti. Pelajar antarabangsa boleh ditempatkan dengan rakan sebaya Rusia atau di asrama yang dikhaskan khas untuk pelajar asing.
bfu.jpg
© IKBFU
Universiti Politeknik Penyelidikan Kebangsaan Tomsk mempunyai bangunan perumahan yang diperuntukkan untuk pelajar-pelajar baru yang mengambil kursus persediaan. Pakar-pakar universiti membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan kampus. Universiti Persekutuan Immanuel Kant Baltik menempatkan pelajar antarabangsa bersama dengan pelajar Persekutuan Rusia untuk meningkatkan penguasaan bahasa Rusia dan pengetahuan mereka mengenai kebudayaan Rusia.

Universiti Persahabatan Rakyat Rusia mempunyai reputasi yang sangat baik sebagai universiti yang paling mesra antarabangsa; dasarnya adalah untuk menempatkan pelajar antarabangsa dari pelbagai daerah dalam setiap bilik. Oleh itu, universiti ini mendorong komunikasi pertembungan budaya antara pelajar kerana mereka mengenal tradisi bangsa lain dan belajar untuk memahamiya.

rudn.jpg
© RUDN University
Memasak hidangan kebangsaan adalah bentuk "pertukaran budaya" yang popular. Pelajar memasak hidangan tradisional negara mereka dan menjamu jiran mereka. Dapur di kebanyakan asrama dilengkapi dengan dapur elektrik, ketuhar gelombang mikro dan kadangkalag mempunyai alatan memasak yang mencukupi untuk menyiapkan hidangan.

rudn1.jpg
© RUDN University
Sebilangan besar asrama universiti-universiti di Rusia berada dalam jarak berjalan kaki ke blok mengajar utama. Namun di beberapa universiti, pelajar harus menggunakan pengangkutan awam untuk datang ke kuliah. Pelajar Sekolah Tinggi Ekonomi menempuh perjalanan selama 25 minit dengan kereta api bawah tanah atau 40 minit perjalanan dengan bas untuk sampai ke blok mengajar. Para guru dan pelajar Universiti Persekutuan Asia Timur menggunakan bas ulang-alik percuma untuk berulang-alik di sekitar kampus yang luas.

dvfu-panorama.jpg
© FEFU
Universiti Rusia memberi perhatian yang teliti terhadap keselamatan pelajar. Banyak asrama mempunyai kamera CCTV dan pengawal keselamatan serta penjaga yang bertugas sepanjang waktu. Pelajar biasanya harus menunjukkan pas untuk masuk ke asrama; malah beberapa asrama menggunakan alat pengimbas cap jari di pintu masuk. Setiap bangunan mempunyai sistem keselamatan kebakaran. Pentadbiran asramaberusaha untuk memastikan kehidupan yang selesa dan tenang bagi pelajar-pelajar antarabangsa. Sebilangan universiti menugaskan staf asrama mereka untuk menghadiri kursus bahasa Inggeris untuk berkomunikasi denganlebih mudah dengan penyewa antarabangsa yang memerlukan bantuan.

Bayaran Penginapan

Bayaran penginapan bergantung kepada lokasi universiti, jenis asrama, bilangan pelajar yang berkongsi bilik dan beberapa faktor lain. Kadar bayaran perumahan Universiti Politeknik Peter the Great St. Petersburg berbeza-beza bergantung kepada mod pengajian, program pendidikan dan tahap keselesaan. Pelajar biasiswa membayar 960 rubel (sekitar $16) sebulan sementara bayaran penginapan pelajar kontrak belajar bermula daripada 3,000 rubel ($50) sebulan.

spbpu2.jpg
© SPbPU
Bayaran asrama Institut Fizik dan Teknologi Moscow adalah sekitar 1,000 dan 1,200 rubel ($17-20) sebulan. Kadar bayaran perumahan Universiti Penyelidikan Nuklear Kebangsaan MEPhl (Institut Fizik Kejuruteraan Moscow) adalah 600 rubel ($10) sebulan; cawangannya di Obninsk, Wilayah Kaluga, menawarkan perumahan dengan harga 500 rubel ($9) sebulan. Universiti Persekutuan Siberia menawarkan penginapan dengan harga 590 hingga 930 rubel ($10 hingga $16) sebulan bergantung kepada jenis asrama.

mephi.jpg
© MEPhI
Universiti Tyumen mengenakan yuran penginapan sebanyak 670 rubel ($11) sebulan untuk semua pelajar. Harga bayaran perumahan Universiti Persekutuan Ural tidak melebihi 1,100 rubel ($18) dolar sebulan. Pelajar Universiti Persekutuan Asia Timur membayar 3,700 rubel ($62) sebulan untuk pilihan dwi penginapan.
ut.jpg
© UT
Bilik biasanya mempunyai set perabot standard (tempat tidur, almari pakaian, meja, kerusi, kabinet tempat tidur dan lain-lain) Pakej tempat tidur (tilam, selimut, bantal dan linen tempat tidur) disediakan. Beberapa asrama membeli penyangkut baju, langsir, penutup tempat tidur dan peralatan perumahan untuk pelajar. Seterika, papan seterika, penyidai pakaian dan pembersih vakum disediakan secara percuma di setiap tingkat asrama di Universiti Negeri Ural Selatan.

kfu2.jpg
© KFU
Di beberapa asrama anda boleh memilih pilihan 'Spartan' untuk hanya membayar harga sewa perumahan. Sebilangan asrama menawarkan pilihan penyewaan perkakas (dengan pelajar menyimpan peralatan di bilik mereka). Bayaran penginapan di Universiti Politeknik Penyelidikan Kebangsaan Tomsk adalah 800 rubel (sekitar $13) sebulan, yang meningkat kepada 1,040 rubel ($17- $18) sebulan untuk menggunakan peralatan (peti sejuk, ketuhar gelombang mikro, cerek, televisyen).
nsu.jpg
© NSU
Setiap asrama mempunyai perkhidmatan dobi. Mesin basuh dipasang di dapur di beberapa universiti untuk penggunaan percuma pada bila-bila masa. Universiti lain mempunyai bilik dobi khusus. Satu kitaran mesin basuh di Universiti Penyelidikan Kebangsaan ITMO berharga 150 rubel ($2.5); Universiti Penyelidikan Kebangsaan Negeri Tomsk mengenakan bayaran 50 rubel (kira-kira $1) setiap kitaran.

msmu.jpg
© MSMU
Akses internet disediakan di semua universiti-universiti di Rusia. Universiti Persekutuan Immanuel Kant Baltik dan Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan MISIS menawarkan akses Internet percuma, tetapi sambungan wi-fi banyak terdapat di blok mengajar, perpustakaan dan dewan asrama; pelajar perlu membayar yuran tambahan untuk pilihan sambungan Internet di dalam bilik atau untuk menyambung melalui talian khusus.
Dewan asrama Universiti Negeri Tomsk menawarkan wi-fi percuma. Pilihan Internet di dalam bilik berharga 150 rubel ($2.5) sebulan. Pilihan sambungan Internet Universiti Negeri Novosibirsk disediakan pada harga 400 rubel ($7) sebulan. Asrama Universiti Persekutuan Siberia menawarkan beberapa pilihan Internet berharga daripada 250 rubel ($4) sebulan, bergantung kepada kelajuan Internet.

unn.jpg
© UNN
Harga perkhidmatan Internet kabel atau jalur lebar di Rusia adalah antara yang terendah di dunia. Pelan telefon standard dengan kuota Internet berharga sekitar 200 hingga 300 rubel ($3- $5) sebulan. 

Kawasan Asrama

Kampus universiti sering menjadi "bandar di dalam bandar" dengan kemudahan infrastruktur pentingnya sendiri, termasuk kedai, kafe, dewan makan, farmasi, pejabat bank dll.

tgu1.jpg
© TSU
Kampus Universiti Negeri Ural Selatan mempunyai salon rambut yang murah. Kampus Universiti Persahabatan Rakyat Rusia mempunyai banyak kafe dan restoran kebangsaan yang menawarkan makanan murah dan enak.

nsu1.jpg
© NSU
Universiti Persekutuan Asia Timur mempunyai kolam renang, bilik kecergasan dan pusat sukan serta rekreasi. Universiti Negeri Novosibirsk juga memiliki kolam renang, gelanggang tenis dan dewan permainan fizikal. Hampir semua asrama Rusia mempunyai pusat sukan di mana pelajar boleh bersenam secara percuma atau dengan bayaran sederhana. Lawatan ke pusat kecergasan Universiti Penyelidikan Kebangsaan ITMO berharga 100 rubel ($1.5 hingga $2).

tpu1.jpg
© TPU
Semua universiti mempunyai banyak kumpulan sukan atau kumpulan kreatif. Pelajar Universiti Persekutuan Kazan dapat mempelbagaikan aktiviti riadah dan menyertai Studio Seni Halus, asrama Universiti Elektroteknikal Saint Petersburg "LETI" mengendalikan kelab panggung wayang, sementara pelajar asrama Sekolah Tinggi Ekonomi boleh mengikuti kelas tarian, yoga atau tinju.
Lihat maklumat lebih lanjut dan gambar asrama universiti Rusia untuk pelajar antarabangsa di laman web kami. Lawati halaman utama universiti dan klik pada tab "Asrama".

Kongsi