Setiap tahun universiti-universiti Rusia mengadakan program jangka pendek untuk warganegara asing. Artikel ini mengetengahkan kursus-kursus yang disediakan pada musim panas ini.
Kemanusiaan
Sekolah Musim Panas Intensif bagi Bahasa dan Kebudayaan Rusia
Universiti Persekutuan Immanuel Kant Baltik (Kaliningrad)
Tempoh pengajian: 27 Julai – 21 Ogos
Tarikh akhir permohonan: 1 Mei
Bahasa pengantar: Bahasa Rusia
Yuran pengajian: 50,000 rubel (termasuk sokongan dokumen jemputan visa Rusia, latihan, penempatan di asrama, lawatan bersiar-siar)
Sekolah ini direka untuk mereka yang ingin menguasai Bahasa Rusia setiap hari dan melibatkan diri dalam kebudayaan Rusia. Pelajar menghadiri tiga kelas selama 90 minit pada setiap hari; program kebudayaan yang luas merangkumi kelas induk, lawatan-lawatan ke bandar, lawatan ke muzium dan lawatan ke tempat peranginan tepi pantai di luar Kaliningrad.
Sekolah Musim Panas Bahasa dan Kebudayaan Rusia
Universiti ITMO (St Petersburg)
Tempoh pengajian: 1 Julai - 28 Julai
Tarikh akhir permohonan: 24 Mei
Bahasa pengantar: Bahasa Rusia, Bahasa Inggeris
Yuran pengajian: satu minggu: 200 euro; dua minggu: 300 euro; tiga minggu: 450 euro; empat minggu: 600 euro.
Sekolah ini mempunyai pelbagai modul (satu modul mengambil masa selama satu minggu, memperoleh 2 kredit ECTS), anda boleh memilih tempoh pengajian dan topik yang anda minati, seperti bahasa Rusia, frasaologi, bidang tatabahasa, pawagam Rusia, teater, sastera, sejarah, muzik rock Rusia, persiapan untuk Ujian Bahasa Rusia sebagai Bahasa Asing (TRKI) dll. Pelajar dapat menyertai kumpulan dari mana-mana tahap kemahiran.
© SUSU
Sekolah musim panas Bahasa dan Kebudayaan Rusia
Universiti Persekutuan Kazan (Kazan)
Tempoh pengajian: 6-17 Julai
Tarikh akhir permohonan: 6 Mei
Bahasa pengantar: Bahasa Rusia
Yuran pengajian: 25,000 rubel (merangkumi latihan, penempatan di asrama yang mencecah 600 rubel jika ada tempat, atau keluarga angkat dengan bayaran yang boleh dirundingkan)
Jurusan ini adalah untuk pelajar yang mempelajari bahasa Rusia sebagai bahasa asing. Program ini fokus kepada kemahiran bertutur, membaca, pemahaman mendengar, kemahiran menulis, tatabahasa dan fonetik; terdapat juga jurusan dalam kajian wilayah serta sastera dan kebudayaan Rusia. Pelajar akan melawat Kazan dan mengunjungi bandar Kremlin dan Perkampungan Tatar Lama, bertemu dengan pelajar-pelajar Rusia dan mengambil bahagian dalam pesta tema dan pertandingan.
Musim panas Rusia
Universiti Lobachevsky (Nizhny Novgorod)
Tempoh pengajian: 6–24 Julai
Tarikh akhir permohonan: Warganegara EU - 20 Jun; warganegara dari negara-negara lain - 21 Mei
Yuran pengajian: 35,000 rubel (termasuk latihan, program kebudayaan).
Pelajar yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Rusia adalah dialu-alukan. Kursus bahasa Rusia intensif disesuaikan untuk kumpulan kecil dengan tahap kemahiran yang berbeza. Kelas dikendalikan oleh pakar dalam bidang filologi, psikologi dan kebudayaan. Secara tradisinya, pelajar mempunyai program kebudayaan dan hiburan yang pelbagai: Nizhny Novgorod mempunyai banyak tempat bersejarah dan muzium, tambak yang indah dan restoran yang sangat baik.
© LETI
Sekolah Musim Panas Bahasa Rusia
Universiti Negeri Novosibirsk (Novosibirsk)
Tempoh pengajian: 1 June - 14 Ogosust
Tarikh akhir permohonan: 10 April
Bahasa pengantar: Bahasa Rusia
Yuran pengajian: 320 euro (dua minggu) hingga 1,300 euro (11 minggu).
Objektif program adalah mendalami pengajian bahasa Rusia dan pembelajaran intensif dalam kumpulan-kumpulan kecil. Anda boleh memilih jangka masa latihan dari dua hingga 11 minggu. Pelajar tinggal di Akademgorodok, pusat penyelidikan Rusia yang terkenal (bayaran tambahan dibayar untuk penempatan di asrama). Sijil tamat kursus dikeluarkan kepada peserta sekolah.
Sekolah Musim Panas Bahasa Rusia
Universiti Persekutuan Siberia (Krasnoyarsk)
Tempoh pengajian: 13–31 Julai
Application deadlin: 31 Mei
Bahasa pengantar: Bahasa Rusia, Bahasa Inggeris, Sepanyol
Yuran pengajian: 500 euro (termasuk latihan, penempatan di asrama kampus SibFU, lawatan bersiar-siar).
Pelajar antarabangsa mengikuti kursus intensif tiga minggu yang diajar oleh guru SibFU yang mahir. Kumpulan permulaan dan pertengahan pelajar bahasa Rusia menyelesaikan program 72 jam. Waktu selebihnya dikhaskan untuk komunikasi interpersonal, hiburan dan program kebudayaan.
© UrFU
Sekolah Musim Panas Bahasa dan Kebudayaan Rusia "Musim-musim Cuti di Siberia"
Universiti Politeknik Penyelidikan Kebangsaan Tomsk (Tomsk)
Tempoh pengajian: 13-31 Julai, 3-21 Ogos
Tarikh akhir permohonan: 29 Mei
Bahasa pengantar: Bahasa Rusia
Yuran pengajian: 30,000 rubel (termasuk latihan); yuran permohonan: 75 euro, yuran program kebudayaan: kira-kira 6,000 rubel.
Program jangka pendek TPU adalah kaedah cepat dan cekap untuk mempelajari bahasa Rusia. Ia ditujukan untuk golongan permulaan dan mereka yang ingin mendapatkan pengetahuan lebih lanjut. Kelas diadakan untuk kumpulan-kumpulan kecil, jadi setiap pelajar sekolah musim panas mendapat perhatian guru yang cukup. Program ini merangkumi lawatan bersiar-siar, pengenalan kepada alam semulajadi Siberia yang unik, aktiviti-aktiviti kelab hobi, perbincangan, kelas induk dll. Peserta sekolah musim panas berpeluang untuk bersedia menghadapi peperiksaan antarabangsa TORFL (Tahap A1 - C2), dan, jika berjaya dalam peperiksaan, mendapatkan sijil rasmi.
Sekolah musim panas "Pengajian Rusia di Rusia Sebenar"
Universiti Persekutuan Ural (Yekaterinburg)
Tempoh pengajian: 3-9 Ogos, 3-16 Ogos
Tarikh akhir permohonan: 15 Jun
Bahasa pengantar: Bahasa Rusia, Bahasa Inggeris
Yuran pengajian: 35,000 rubel (satu minggu); 65,000 rubel (dua minggu).
Datanglah ke Universiti Persekutuan Ural jika anda ingin mempelajari lebih lanjut mengenai Bahasa Rusia dan mengenali Rusia yang sebenar, bukan sekadar tempat pelancongan. Program jangka pendek memberi intipati mengenai budaya negara ini dan sejarahnya yang berabad-abad lamanya, membantu anda meningkatkan tahap kecekapan anda dan mengetahui lebih lanjut mengenai sifat orang Rusia dan gaya hidup mereka di wilayah Ural. Pelajar memperoleh sijil sekolah musim panas dan empat kredit setelah tamat kursus.
Kejuruteraan

© SPbPU
Sekolah politeknik antarabangsa "Teknologi angkasa"
Universiti Politeknik Peter the Great St. Petersburg (St Petersburg)
Tempoh pengajian: 6-17 Julai
Tarikh akhir permohonan: : 8 Jun untuk warga EU, Iran, India dan negara tanpa visa pergerakan; 20 April untuk penduduk negara-negara lain.
Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris
Yuran pengajian: Bayaran awal 510 euro hingga 23 Mac; Bayaran biasa 540 euro selepas 23 Mac; termasuk latihan dan penginapan di asrama dengan harga 7 hingga 10 euro setiap malam.
Program ini fokus kepada teknik lanjutan kejuruteraan angkasa dan teras prinsip-prinsip fizikal dalam penerokaan angkasa lepas. Ia juga menerangkan mengenai masalah industri ruang angkasa dan merangkumi kursus bahasa Rusia intensif selama enam jam untuk golongan permulaan. Pelajar mempunyai lawatan berjalan kaki dan berperahu di St Petersburg dan mengunjungi Hermitage dan Peterhof serta Catherine Palaces.
Pengenalan kepada Kepintaran Buatan: Kaedah, Model, Algoritma
Sekolah Tinggi Ekonomi (Moscow)
Tempoh pengajian: 22 Jun - 14 Julai
Tarikh akhir permohonan: 3 April untuk penduduk negara-negara bukan EU; 10 Mei untuk penduduk negara-negara EU dan tanpa memerlukan visa pergerakan.
Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris
Yuran pengajian: 388 euro dan tambahan 43 euro untuk memproses permohonan anda.
Pelajar akan diperkenalkan dengan asas-asas AI dan mengetahui lebih lanjut mengenai pembelajaran mesin, rangkaian saraf, pengecaman imej dll. Kemahiran pengaturcaraan adalah aset yang baik tetapi tidak wajib diperlukan. Tempoh pengajian: kelas 16 jam; 2 kredit ECTS diberikan setelah tamat kursus. Ini adalah kursus Universiti Musim Panas HSE; 30 program jangka pendek dalam pelbagai bidang ditawarkan, daripada matematik sehingga linguistik.
Sumber Tenaga Boleh Diperbaharui
Universiti Elektroteknikal Saint Petersburg "LETI" (St Petersburg)
Tempoh pengajian: 6–19 Julai
Tarikh akhir permohonan: 15 Jun untuk warganegara dari negara tidak memerlukan visa pergerakan atau pemegang visa Rusia; 10 Jun untuk warganegara EU; 20 Mei untuk warganegara dari negara-negara lain.
Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris
Yuran pengajian: 30,000 rubel (termasuk sokongan pendaftaran imigresen, latihan, bahan-bahan pengajian, lawatan-lawatan persiaran).
Syarat kemasukan: pelajar sarjana muda/sarjana yang mengikuti pengajian kejuruteraan elektronik, kejuruteraan kuasa elektrik, fizik atau sains bahan. Program ini merangkumi kuliah-kuliah mengenai tenaga boleh diperbaharui, fotovoltan, pengeluaran dan ujian modul tenaga suria berasaskan silikon, reka bentuk dan operasi loji tenaga suria, kelas-kelas praktikal serta kerja makmal.
Sekolah Musim Panas dalam Pengaturcaraan
Universiti ITMO (St Petersburg)
Tempoh pengajian: 1 Julai - 28 Julai
Tarikh akhir permohonan: 24 Mei untuk warganegara EU, Norway, China, India, Jepun, negara-negara Amerika Latin dan Iceland; 19 April untuk warganegara negara lain.
Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris
Yuran pengajian: 800 euro
Latihan Universiti ITMO membuka jalan kepada kerjaya yang berjaya; pasukan universiti adalah pemenang yang kebiasaannya memenangi pertandingan IT antarabangsa yang berprestij. Sekolah musim panas dalam pengaturcaraan adalah peluang terbaik untuk meningkatkan kemahiran seseorang dalam bidang ini dan bertemu dengan juara-juara. Ia mempunyai dua modul yang menerangkan penyelesaian masalah pengaturcaraan dan arahan berbantukan komputer. Pelajar senior prasiswazah dan siswazah serta pascasiswazah dialu-alukan untuk mengikuti kursus ini.
© ITMO
Pembangunan Aplikasi Android dan Penggunaan Data Besar
Universiti Lobachevsky (Nizhny Novgorod)
Tempoh pengajian: 20 Julai – 16 Ogos
Tarikh akhir permohonan: 21 Mei
Bahasa pengantar: Bahasa Inggeris
Yuran pengajian: 45,000 rubel
Keperluan: pengetahuan tentang meta-analisis, Teori Kebarangkalian, Java, XML; penguasaan bahasa Inggeris pada tahap B2 atau lebih tinggi. Program ini fokus kepada asas pengembangan aplikasi Android, analisis intelektual dan penggunaan Data Besar. Pelajar juga akan berhubung dengan bahasa, sejarah dan kebudayaan negara Rusia.