Uvindu Vidzheveera: Sekarang Saya Mempunyai Rakan di Seluruh Rusia

Uvindu Vidzheveera: Sekarang Saya Mempunyai Rakan di Seluruh Rusia

Seorang pelajar pascasiswazah Universiti Negeri Ural Selatan dari Sri Lanka, presiden Persatuan Pelajar Ural Selatan menceritakan tentang kehidupan dan pengajiannya.

Uvindu, apa yang anda ketengahkan dalam kertas penyelidikan pascasiswazah?

Secara kasarnya, ia berkaitan sejarah Rusia. Untuk lebih tepat lagi, ia difokuskan kepada hubungan antara USSR dan negara-negara Asia Selatan semasa Perang Dingin dan teori Kuasa Lembut. Tanggapan yang meluas adalah ia merupakan taktik negara-negara Barat atau Amerika semata-mata tetapi saya dapat melihatnya dalam dasar dan diplomasi USSR. Ini adalah topik yang sangat menarik. Saya mula mempertimbangkannya untuk penyelidikan semasa pengajian graduan sains politik di SUSU.

Adakah anda memperoleh ijazah sarjana muda di negara asal?

Saya memegang dua ijazah sarjana muda. Di Sri Lanka, saya mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera. Kemudian saya belajar di Universiti Andhra di India; di sinilah saya mempelajari bidang sains politik.

Bagaimana anda memasuki SUSU?

Oh, ini cerita yang panjang! Ayah saya belajar di Universiti Persahabatan Rakyat Rusia pada tahun 1960-an. Pada masa itu, namanya ialah Universiti Persahabatan Rakyat Patrice Lumumba; ayah saya adalah antara graduan pertama. Dia adalah doktor secara praktikal, tetapi politik adalah aktiviti sepanjang hayatnya. Sebenarnya, dia tidak pernah bekerja sebagai doktor; ayah mengetuai gerakan pembebasan di Sri Lanka dan merupakan penganjur revolusi April pada tahun 1971. Mungkin minat saya terhadap politik dan perasan cinta kepada Rusia terbina kerana dia. Akhirnya, saya membawa diri saya ke universiti Rusia. Di Sri Lanka, saya merupakan presiden Kelab Rusia. Kami mempunyai pusat budaya Rusia yang cukup kuat di sana; ramai orang berminat dengan filem dan sastera Rusia. Pushkin, Gogol, Dostoyevsky, Tolstoy terkenal di Sri Lanka; mereka sangat disukai.

47_should_i_study_russian_or_arabic_susu.jpg
© SUSU

Namun anda tidak mendaftar ke institusi sastera, malah tidak juga belajar dalam jurusan filologi.

Betul. Saya lebih berminat dengan politik berbanding sastera. Saya mahu menjadi diplomat. Oleh itu, saya membentangkan tesis mengenai hubungan antarabangsa. Saya menulis disertasi dalam bidang ini. Saya berharap agar dapat bekerja di Kedutaan Sri Lanka di Rusia. Sudah tentu, belajar di universiti Rusia membuka prospek yang baik bagi saya dalam hal ini. Paling tidak, saya sudah biasa dengan bahasa, budaya dan situasi politik di negara ini.

Apa yang paling mengujakan anda mengenai Rusia?

Musim sejuk, sudah semestinya! Salji dan ais. Ia sangat menarik. Saya memutuskan untuk mencuba sukan musim sejuk. Saya boleh bermain sukan luncur, tetapi belum mampu bermain ski lagi.

Bagaimana dengan sambutan kedatangan yang anda terima di sini? Bagaimana anda menyesuaikan diri?

Tidak ada masalah penyesuaian diri di SUSU. Mereka mempunyai program bimbingan yang baik: seorang pelajar senior dari negara asal pelajar baru atau senior Rusia ditugaskan untuk membantu menghilangkan tekanan penyesuaian dan kekangan bahasa dengan cepat. Semasa saya datang ke Rusia untuk mendaftar di Jabatan Persediaan, mentor saya adalah pelajar tahun empat dari Sri Lanka. Sekarang saya memberi bantuan kepada pelajar-pelajar baru dari Asia.

20180119-dsc_8709.jpg
© SUSU

Adakah anda mengikuti kursus bahasa Rusia di Jabatan Persediaan?

Saya boleh katakan bahawa Jabatan Persediaan mengajar kita untuk tinggal dan belajar di Rusia. Kami telah menyesuaikan diri dengan program dalam semua mata pelajaran dan kami juga diajar untuk menyesuaikan diri dengan musim sejuk. Sebenarnya, kami diberi petua berpakaian bergantung pada cuaca, dan cara berjalan di jalan-jalan yang berais.

Adakah anda berkawan dengan penduduk tempatan?

Saya mempunyai ramai rakan Rusia. Semasa saya datang ke SUSU, saya diberi tempat di asrama antarabangsa, tetapi saya meminta untuk membenarkan saya berkongsi bilik dengan orang Rusia. Dengan cara itu lebih mudah untuk belajar bahasa dan memahami budaya. Pada tahun 2017, saya mengambil bahagian dalam Festival Belia dan Pelajar Dunia ke-19 dan sekarang saya mempunyai rakan di seluruh Rusia. Terima kasih kepada mereka, saya melancong ke seluruh negara, dari Kaliningrad ke Novosibirsk tetapi saya belum pernah mengunjungi Vladivostok. Saya hanya menelefon seorang rakan saya dan mengatakan bahawa saya akan menemui mereka. Mereka bertemu dengan saya dan menunjukkan sekitar bandar.

1(107).jpg
© SUSU

Adakah anda melancong seorang diri?

Ya, secara kebiasaanya. Kadang-kadang, saya melancong dengan rakan saya yang merupakan timbalan pengarah Persatuan Pelajar Ural Selatan; dia berasal dari Kazakhstan. Saya tidak pernah menghadapi masalah sepanjang pengembaraan saya. Saya menggunakan kereta api, kapal terbang atau berkongsi kereta untuk melancong, dan selalu mempunyai sahabat peneman yang sangat menyenangkan dan ramah. Saya suka mengambil gambar alam semula jadi dan orang. Rusia menawarkan peluang seluas-luasnya dalam perkara ini. Bandar-bandar berbeza antara satu sama lain sama seperti wajah dan pemandangannya. Sebagai contoh, Moscow jauh berbeza berbanding St Petersburg, dan Kaliningrad jauh berbeza berbanding Tyumen...

Bilakah anda mula mengambil gambar? Adakah anda belajar fotografi?

Saya menyukai bidang fotografi di Sri Lanka, tetapi di Rusia ia menjadi hobi. Di sini saya berkenalan dengan kawan-kawan dari sekolah fotografi SUSU dan banyak belajar daripada mereka.

Tolong beritahu mengenai pameran anda.

Saya mengambil bahagian dalam pertandingan Rusia melalui Mata Pelajar dan memenangi lima kategori, jadi pihak Universiti mencadangkan agar saya mengadakan pameran individu.

aUxf06xtK68.jpg
© SUSU

Adakah anda menulis ayat dalam bahasa Rusia?

Dalam bahasa Bengali. Saya sendiri menterjemahkannya ke dalam bahasa Inggeris. Ayat saya sebahagian besarnya adalah kapsyen. Diana menolong saya dengan terjemahannya: Saya menunjukkan kepadanya foto dan dia membantu menghasilkan kapsyen versi bahasa Rusia. Semasa merantau dengan kereta api, kami minum teh dan menulis ayat-ayat. Kereta api adalah tempat seperti... orang akan menyanyi dan bermain gitar atau bermain permainan meja. Bagi kami, kami menulis ayat-ayat.

Bagaimana anda menjadi presiden Persatuan?

Saya terpilih dalam undian tahunan. Saya mencalonkan diri sendiri dan dipilih pada tahun 2018; tahun lalu saya dipilih semula. Kami mempunyai pasukan yang sangat rapat sekarang.

Apa yang anda cadangkan kepada pelajar antarabangsa yang merancang untuk belajar di Rusia?

Sekiranya anda mempunyai rancangan untuk menjadikan Rusia sebagai destinasi pengajian, tinggalkan pilihan lain dengan segera! Rusia adalah peluang unik untuk menjalin hubungan antarabangsa. Saya berkomunikasi dengan orang dari 54 buah negara. Sekiranya anda ingin mencari kerjaya politik atau diplomatik, itu adalah kelebihan yang tidak dapat dinafikan. Saya memahami orang-orang dari seluruh dunia: bukan sahaja dari Rusia atau Asia, tetapi juga dari Afrika, negara-negara Arab dan Amerika Latin. Saya mempunyai kawan di mana sahaja. Ini adalah nilai tambah yang besar bagi seorang diplomat.

Kongsi