Apakah mata wang terbaik untuk dibawa ke Rusia?

Anda perlu mempunyai sejumlah wang tunai untuk perbelanjaan harian. Sebaik-baiknya, anda harus membeli wang rubel Rusia di negara anda sendiri. Anda juga boleh membeli wang rubel semasa anda tiba di Rusia, di pengurup mata wang lapangan terbang atau di bank. Untuk jumlah yang besar, seperti yuran pengajian atau penginapan, gunakan pindahan wang atau kad bank. Anda boleh membayar yuran pengajian anda dengan memindahkan wang dari akaun bank di negara anda secara terus kepada universiti. Warganegara asing juga boleh membuka akaun atau mendapatkan kad debit dari bank Rusia. Sekiranya anda mendapat biasiswa, anda memerlukan kad debit yang dikeluarkan oleh bank Rusia. Ramai pelajar antarabangsa di Rusia menggunakan dua kad, satu dikeluarkan oleh bank asal mereka dan satu lagi oleh bank Rusia. Rusia mempunyai infrastruktur perbankan yang baik dan anda tidak mungkin menghadapi masalah dengan pembayaran melalui kad atau pengeluaran tunai. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati bahagian Kehidupan di Rusia mengenai Harga.