International Students Testimonials

Advantages of studying in Russia for foreign nationals

Nasser Saqr Sadeq Sallam,

Universiti Elektroteknik Saint Petersburg "LETI"

Rakan-rakan menasihatkan saya untuk menyambung pelajaran di Rusia

Saya ialah Nasser Saqr Sadeq Sallam, seorang pelajar pascasiswazah dari Jabatan Pemprosesan Maklumat dan Sistem Kawalan Automatik.

Pada mulanya, saya ingin memberitahu anda mengapa saya memilih Rusia. Hubungan antara Rusia dan Yaman selalu mesra dan baik, sejak dari zaman Soviet. Saya mempunyai banyak saudara di Rusia yang mendapat pendidikan yang bagus di sini; mereka bercakap tentang Rusia dengan mesra, jadi saya ingin memberitahu pendapat saya mengenai Rusia.

Kedua, saya ingin memberitahu anda bagaimana saya mengetahui tentang LETI pada tahun 2005 dan memasuki Fakulti Sains Komputer dan Teknologi. Saya selalu berminat dengan teknologi komputer dan elektroteknik, tetapi saya tidak tahu universiti mana yang harus dipilih. Rakan dan saudara mara saya membantu saya dan memberi nasihat untuk mengunjungi LETI. Saya suka akan universiti dan membuat pilihan saya.

Tujuan utama pengajian saya adalah untuk mendapatkan pendidikan yang bagus dan berkenalan dengan kebudayaan Rusia (Saint Petersburg sangat sesuai untuk ini). Saya menetapkan misi berikut untuk diri saya: belajar bahasa Rusia, menemui rakan di Rusia, belajar bersungguh-sungguh, dan mendapatkan ijazah saintifik.

Permintaan utama untuk LETI adalah pendidikan kualitatif. Ia menyamai harapan saya. Saya mendapat pendidikan yang baik, belajar menyelesaikan masalah sukar dengan sendiri, dan memastikan bahawa rakan dan saudara mara saya bercakap benar mengenai Rusia.

Pada awalnya, sangat sukar bagi saya untuk belajar, memahami apa yang dikatakan semasa kuliah, jadi saya terpaksa menghabiskan banyak masa untuk belajar dengan sendiri. Setelah dua tahun belajar, saya dapat bekerja dengan istilah saintifik, untuk mengambil bahagian dalam persidangan saintifik, dan untuk membantu rakan sekumpulan saya yang membantu pada awal pengajian saya.

Saya sangat berterima kasih kepada universiti atas bantuan dalam memperoleh kejayaan saintifik saya. Lebih-lebih lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada penyelia saintifik saya, Doktor Sains Kejuruteraan Profesor Pavel I. Paderno, Jabatan Perhubungan Antarabangsa, dan Pejabat Pelajar Antarabangsa kerana membantu dalam pengajian saya, dan kerana telah meluangkan masa untuk menerangkan pelbagai maklumat saintifik.

Jabatan Perhubungan Antarabangsa dan Pejabat Antarabangsa membantu pelajar-pelajar dan para pelajar pascasiswazah kami yang banyak belajar dalam kursus persediaan. Rusia dan Saint Petersburg adalah tanah air kedua saya. Saya memperoleh banyak pengalaman, belajar bahasa baru, mendapat pendidikan yang baik, dan menemui rakan-rakan baru.

Lebih-lebih lagi, saya ingin menambah, semakin bertamabh tahun, LETI semakin kukuh, dan tahap pendidikan menjadi semakin tinggi. Saya mendoakan kejayaan saintifik, pelajar-pelajar baru, dan kejayaan kepada universiti yang hebat ini! Daftar masuk ke LETI dan anda tidak akan menyesal.

Kongsi

Testimoni

Nadiah Natasya Binti Zulkurnai
"Saya sangat kagum dengan peralatan makmal universiti"
Baca lagi
Battsengel Enkhzul
TPU
"Di Rusia saya boleh mendapatkan pendidikan kejuruteraan"
Baca lagi
Shirirn Alikhanova
TSU
"Semasa belajar Tomsk telah menjadi rumah kedua saya"
Baca lagi
Xueqi Yu
"Kami menghabiskan hari yang tidak dapat dilupakan di Nizhny Novgorod"
Baca lagi
Koki Tanaka
"Kehidupan di Nizhny Novgorod menyegarkan saya"
Baca lagi
Ganzorig Byambatsogt
"Guru-guru fakulti kami sangat memahami dan peramah"
Baca lagi
Tashika Palipana
KFU
"Saya datang ke Rusia untuk memenuhi impian saya"
Baca lagi
Mohamad Ibrahim
KFU
"Musim sejuk Rusia adalah sesuatu yang saya kurang alami"
Baca lagi
Farokhitdin Mamataliev
"Sangat indah di sini, terdapat semua keadaan untuk kehidupan dan pelajaran"
Baca lagi