Kota paling timur Rusia dengan jumlah penduduk sekurang-kurangnya sejuta orang, terletak di tebing Sungai Yenisei, dan ibu kota Krasnoyarsk Krai (daerah). Luasnya lebih daripada 2 juta kilometer persegi, yang sepuluh kali lebih besar atau lebih daripada saiz kebanyakan negara Eropah. Contohnya, Perancis empat kali lebih kecil daripada Krasnoyarsk Krai. Krasnoyarsk adalah pusat industri, kebudayaan, ekonomi dan pusat pendidikan utama.

Bandar Emas

Krasnoyarsk ditubuhkan pada tahun 1628 apabila bangsawan Andrey Dubensky mula membina kubu pertahanan untuk melawan suku-suku tempatan di lokasi megalopolis sekarang. Lombong emas terletak berhampiran, lalu menjadikan bandar ini sebagai pusat perdagangan yang makmur sejak sekian lama. Beberapa pedagang malah mencetak kad nama perniagaan mereka pada kepingan emas. Pada hari ini, Krasnoyarsk Krai masih menjadi peneraju pengeluaran emas, menghasilkan satu perlima simpanan emas Rusia.

Bandar Sains

Krasnoyarsk adalahpusat penyelidikan saintifik utama di negara ini, dengan lebih daripada 150,000 orang pelajar di 30 buah universiti, dengan yang terbesar adalah Universiti Persekutuan Siberia. Krasnoyarsk Academgorodok yang terkenal terletak di dalam bandar. Ia terdiri daripada tujuh buah institusi penyelidikan saintifik yang bekerja di pelbagai bidang.

Bandar Sukan

Siberia adalah kawasan bersalji, dan secara amnya, sukan musim sejuk sangat popular di sana. Krasnoyarsk mempunyai Pusat Sukan Akademi Biatlon, di mana pemain ski, lumba kereta gelongsor, luncur laju, luncur papan salji, dan lain-lain dilatih. Sudah tentu, Krasnoyarsk mempunyai pusat peranginan ski gunung, dengan Bobrovy Log adalah yang paling popular, dengan 14 laluan pelbagai kesukaran. Krasnoyarsk melatih bukan sahaja pemain ski profesional, tetapi juga penunggang motosikal: penduduknya telah memenangi kejuaraan motosikal dunia sebanyak 21 kali, ini merupakan rekod. Krasnoyarsk dilihat sebagai ibu kota ragbi Rusia dan setiap tahun menjadi tuan rumah pertandingan peringkat antarabangsa dalam gusti gaya bebas dan tarian ballroom. Pada tahun 2019, bandar ini menjangkakan acara sukan utama: Winter Universiade, pertandingan sukan untuk pelajar universiti, akan berlangsung di sini.

Bandar Air Pancut

Krasnoyarsk mempunyai banyak air pancut dalam pelbagai bentuk dan ukuran, bahkan yang berwarna dan mempunyai alunan muzik. Ia berada di tempat ketiga di Rusia dari segi jumlah air pancut. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 140 buah air pancut. Salah satu yang paling indah adalah air pancut di Theater Square. Setiap kali dimulakan adalah pertunjukan air, warna, dan muzik.

Berhampiran bandar

Tempat peranginan lumpur

Orang percaya bahawa air dan lumpur dari Lake Shira mempunyai ciri terapi. Menurut legenda, pada abad ke-19 seekor anjing milik saudagar Tsybulsky tercedera semasa memburu dan disembuhkan dengan cara bermandi di tasik. Lumpur dari tasik ini dipamerkan di sebuah pameran Paris, yang membawa kepada cetusan idea untuk membuka pusat peranginan seperti Baden-Baden, tetapi idea itu tidak menjadi kenyataan. Hari ini, Shira menyediakan beberapa pusat peranginan terapi balneo.

Tiang Krasnoyarsk

Ini adalah fenomena semula jadi yang unik, dengan lebih daripada 100 biji batu berbentuk yang luar daripada kebiasaan seperti tiang di hutan taiga yang tebal. Batu-batu tiang dipercayai terbentuk oleh lava gunung berapi sekitar 370 juta tahun yang lalu. Banyak tiang mempunyai nama mereka tersendiri, seperti: Feathers (Bulu), Granddad (Atuk), Grandma (Nenek), Monk (Rahib), Turtle (Penyu), dll. Tiang-tiang itu memberi inspirasi kepada apa yang disebut sebagai stolbisme - sebuah pertubuhan gerakan awam yang menyatukan orang ramai yang fokus kepada aktiviti alam sekitar.