Pengangkutan di Rusia

Picture №1 – Transport in Russia
© shutterstock.com

Rusia merupakan negara besar dengan jarak yang sangat jauh, namun walaupun ini merupakan lawatan pertama anda ke Rusia, tidak sukar untuk sampai ke destinasi sendiri. Perkara utama adalah untuk merancang perjalanan anda, seperti perjalanan ke tempat yang anda tidak biasa.

Biasanya kakitangan akan menghantar arahan terperinci cara untuk datang ke universiti. Adalah mudah untuk mencari jalan di bandar-bandar Rusia dengan peta telefon bimbit yang boleh digunakan tanpa akses internet (OsmAnd, Mobile Yandex maps, 2 GIS dan lain-lain). Jangan lupa untuk memuat turun aplikasi ini sebelum memulakan perjalanan anda.

Dari Lapangan Terbang ke Bandar

Anda boleh pergi ke bandar dari lapangan terbang menggunakan pelbagai bentuk pengangkutan. Kebanyakan pengangkutan ini adalah bas biasa, laluan tetap atau teksi swasta, dan keretapi pinggir bandar. Keretapi ekspres beroperasi di beberapa bandar utama dari terminal lapangan terbang.

Kelebihan bas dan teksi laluan tetap adalah mereka murah dan kerap (setiap 10-15 minit). Perkhidmatan ini boleh didapati di perhentian bas di lapangan terbang. Beli tiket di kiosk khas atau di atas bas.

Anda boleh dapat harga sebanyak 55-150 rubel ($1-2) dari lapangan terbang Moscow ke bandar dan teksi laluan tetap dengan harga sebanyak 75-150 rubel ($1-2). Harga adalah jauh lebih rendah di bandar Rusia yang lain. Sebagai contoh, kadar Plus Metro (1 perjalanan dengan keretapi + 1 perjalanan dengan metro), Lapangan Terbang-ke-Lapangan Terbang (2 perjalanan dengan aeroekspres + 1 perjalanan dengan pengangkutan jalan awam) dan tarif Aeroekspres lain disediakan dari lapangan terbang Moscow.

Keretapi berkelajuan tinggi membawa penumpang ke pusat bandar. Keretapi ini laju, selesa, kerap (setiap 30 minit), lebih ruang bagasi, dan tarif berbeza boleh didapati dalam talian.

Sebagai contoh, kadar Plus Metro (1 perjalanan dengan keretapi + 1 perjalanan dengan metro), Lapangan Terbang-ke-Lapangan Terbang (2 perjalanan dengan aeroekspres + 1 perjalanan dengan pengangkutan jalan awam) dan tarif Aeroekspres lain disediakan dari lapangan terbang Moscow.

Adalah mudah untuk mencari pejabat tiket bagi keretapi ekspres dengan mengikuti papan tanda khas di lapangan terbang. Anda juga boleh membeli tiket di langan terbang, tetapi lebih murah jika membeli dalam talian.

Picture №2 – Transport in Russia
© Aeroexpress

1 perjalanan menggunakan ekspres Moscow berharga 300 rubel ($5).

Tiket lebih murah di bandar lain. Sebagi contoh, keretapi berkelajuan tinggi dari Lapangan Terbang Koltsovo akan membawa anda ke Yekaterinburg dengan harga 60 rubel ($1).

Keretapi berkelajuan tinggi juga beroperasi dari lapangan terbang Vladivostok dan Sochi.

Perjalanan dari lapangan terbang ke bandar menggunakan keretapi biasa akan mengambil masa lebih lama dan kurang selesa daripada keretapi berkelajuan tinggi tetapi harganya lebih murah. Tiket dijual di pejabat tiket.
Pilihan termahal adalah mendapatkan teksi dari lapangan terbang ke bandar: di Moscow dan St. Petersburg perjalanan berharga 1,000 hingga 1,500 rubel, tetapi di Yekaterinburg, hanya 650 rubel. Di stesen keretapi dan lapangan terbang adalah lebih baik memesan teksi di meja informasi atau dalam talian lebih awal. Bagi mengelakkan masalah, elak daripada menggunakan teksi tidak berlesen.

Beberapa universiti Rusia menawarkan pemindahan dari lapangan terbang secara percuma kepada pelajar antarabangsa. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan wakil universiti dan minta maklumat tepat. Dalam sesetengah situasi, anda diminta untuk menghantar permohonan di laman web universiti sebelum ketibaan anda.

Pengangkutan Bandar

Picture №3 – Transport in Russia
© shutterstock.com

Di bandar dan pekan Rusia anda boleh berjalan-jalan menggunakan metro, bas, tram, bas troli, dan teksi swasta laluan tetap.

Terdapat sistem keretapi bawah tanah di Moscow, St. Petersburg, Novosibirsk, Nizhny Novgorod, Samara, Kazan, Yekaterinburg, dan Volgogard.

Lebih besar bandar itu, lebih mahal tambangnya. Di Moscow satu perjalanan berharga 57 rubel*, di St. Petersburg 55 rubel*, di Yekaterinburg hanya 32 rubel.* Satu perjalanan menggunakan pengangkutan awam jalanraya (bas, bas troli, tram) akan berharga 57 rubel* in Moscow, 50 rubel* di St. Petersburg, 30 rubel* di Kazan, dan 22 rubel* di Tomsk.

Pelajar sepenuh masa di universiti Rusia boleh membeli tiket di pengangkutan awam pada harga diskaun. Penumpang membayar tunai dalam teksi laluan tetap dan tiada diskaun ditawarkan.

Diskaun untuk pelajar:

perjalanan bulanan dengan kad sosial pelajar berharga 5 kali lebih kurang daripada tiket biasa. Sebaik sahaja anda mendapat kad pelajar, dapatkan kad perjalanan pelajar atau kad sosial (bergantung kepada bandar). Daaptkan maklumat lanjut dalam bahagian "Faedah untuk Pelajar di Rusia".

Sebelum anda menerima kad perjalanan, anda masih boleh berjimat untuk kad perjalanan biasa menggunakan pelbagai tarif. Tidak berbaloi membeli tiket untuk 1 atau 2 perjalanan. Kad perjalanan bagi beberapa perjalanan (5 atau lebih) adalah lebih murah: lebih banyak perjalanan yang anda beli, ia akan menjadi lebih murah. Di Moscow, anda boleh juga membeli kad perjalanan pada kadar "90 minit", yang membolehkan anda membuat sebanyak mungkin perjalanan yang anda mahu dalam tempoh satu setengah jam, menggunakan perkhidmatan bawah tanah dan/atau pengangkutan jalan awam. Tarif yang sama juga bagi bandar Rusia yang lain.

Tiket pengangkutan jalan awam boleh dibeli daripada pemandu, tetapi harganya lebih mahal daripada pejabat tiket atau kiosk khas.

Mengembara di sekitar Rusia

Perjalanan antara bandar boleh dilakukan dengan bas persiaran, keretapi, bot dan kapal terbang. Diskaun juga disediakan bagi keretapi tempatan (dalam satu daerah persekutuan): 50% diskaun disediakan di antara 1 September dan 15 Jun. Untuk menggunakan diskaun ini ketika membeli tiket atau kad perjalanan, pamerkan kad pelajar anda (kad sosial pelajar, bergantung kepada wilayah).

Baca tentang bagaimana pelajar antarabangsa pergi ke universiti.

Kongsi