Bentuk-bentuk Pengajian

Forms of Study
© MISIS

Universiti Rusia menawarkan pelajar-pelajar antarabangsa mod pengajian secara sepenuh masa, separuh masa, ekstramural dan secara dalam talian. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Ketahui lebih lanjut mengenai semua mod pengajian.

Sepenuh masa

Forms of Study
© SUSU

Semasa pengajian sepenuh masa, semua kelas diajar di universiti. Proses pendidikan melibatkan interaksi langsung antara profesor dan pelajar semasa kuliah, seminar, dan bengkel. Pelajar boleh mengemukakan soalan, mengadakan perbincangan, dan para profesor dapat memantau kemajuan mereka. Pengajian sepenuh masa belangsung pada siang hari, yang bermaksud ia tidak dapat digabungkan dengan aktiviti lain seperti bekerja.

Sambilan

Forms of Study
© TSU

Pilihan yang sesuai untuk mereka yang bekerja. Kelas diberikan pada waktu malam pada hari minggu atau pada hujung minggu. Sebilangan besar masa diperuntukkan untuk pembelajaran secara berdikari. Nisbah pengajian sendiri dan kuliah di universiti adalah 50/50 atau 60/40. Pengajian secara sambilan boleh dibiayai oleh negara atau berdasarkan yuran. Yang terakhir ini jauh lebih murah berbanding padanan belajar secara sepenuh masa.

Ekstramural

Forms of Study
© FEFU

Pelajar ekstramural menghabiskan hanya 30% daripada waktu belajar mereka di universiti, dengan selebihnya 70% dihabiskan untuk belajar secara berdikari berdasarkan sukatan pelajaran universiti. Tahun akademik bagi pelajar ekstramural terbahagi kepada sesi pengajaran dan penilaian. Semasa sesi pengajaran, pelajar menghadiri kuliah induksi selama 2-3 minggu dan kemudian dinilai. Tempoh antara sesi adalah 4 hingga 5 bulan apabila pelajar belajar subjek secara sendiri. Kajian ekstramural sesuai untuk Pembelajaran Jarak Jauh dan jauh lebih murah berbanding padanan pengajian secara sepenuh masa. Bentuk pengajian ekstremural mungkin tidak disediakan untuk disiplin tertentu, seperti perubatan.

Pendidikan jarak jauh

Forms of Study
© ITMO

Pengajian ini berlandaskan penggunaan secara aktif teknologi telekomunikasi dan Internet. Penyampaian adalah berdasarkan pengajaran secara dalam talian: kuliah, seminar, dan interaksi pelajar dan profesor berlangsung melalui Skype atau kaedah komunikasi video yang lain.

Kongsi