Saintis Rusia terkenal dan penemuan mereka

Rusia adalah negara asal ramai saintis terkenal. Mereka melakukan banyak penemuan dalam pelbagai bidang, daripada fizik hingga oftalmologi, dan juga menemui aplikasi praktikal bagi teori mereka. Orang di seluruh dunia menggunakan ciptaan mereka.

Mikhail Lomonosov
Lomonosov membuat banyak penemuan dalam pelbagai bidang: beliau dianggap sebagai yang pertama menemui teori pemuliharaan jisim (1760) dan untuk membuktikan teori kalori mekanistik serta kimia mineral dan kaca. Lomonosov merupakan pengasas universiti klasik pertama Rusia - Universiti Negeri Moscow (1755).

Nikolay Lobachevsky
Pengasas geometri hiperbolik (1829) yang kemudiannya dikenali sebagai alternatif sah kepada geometri Euclidean. Siswazah dari Universiti Kazan di mana beliau kemudian memegang jawatan profesor dan kemudiannya rektor.

Pafnuty Chebyshev
Menemukan beberapa kejayaan dalam bidang mekanik dan matematik. Chebyshev mereka bentuk lebih daripada 40 mekanisma yang masih digunakan dalam industri automotif moden dan instrumentasi.

Sofia Kovalevskaya
Melakukan beberapa siri penemuan dalam matematik. Beliau dianugerahkan Hadiah Akademi Sains Di Raja Sweden untuk tesisnya berkenaan pergerakan jasad tegar bersepadu (1888).

Aleksander Stoletov
Ahli fizik Rusia yang bekerja dalam kejuruteraan elektrik, fizik molekul dan optik. Beliau mereka dan membina elemen fotoelektrik yang pertama, peranti yang mengubah tenaga foton kepada elektrik.

Dmitri Mendeleev
Mendeleev memformulasi Hukum Berkala dan mencipta elemen jadual berkala versinya sendiri (1869). Sistem yang dirangkanya memungkinkan bahan bagi beberapa elemen yang telah ditemui dibetulkan dan juga untuk menjangka bahan bagi elemen yang akan ditemui. Penemuannya dilihat sebagai sumbangan yang sangat penting kepada kimia bahan.

Alexander Popov
Beliau merupakan salah seorang yang pertama menjumpai aplikasi praktikal gelombang elektromagnet, khususnya dalam komunikasi tanpa wayar. Beliau mereka dan membina penerima radio canggih yang unik untuk zamannya (1895).

Alexander Butlerov
Butlerov merupakan salah seorang pencipta asal teori struktur kimia. Beliau merupakan siswazah Universiti Kazan.
Kemudiannya beliau mengajar di Universiti St. Petersburg.

Sergey Botkin
Botkin mencipta teori oragnisma hidup sebagai kesatuan. Beliau yang pertama mencadangkan bahawa jaundis katar (hepatitis) atau penyakit Botkin disebabkan jangkitan.

Nikolay Pirogov
Pirogov dianggap sebagai pengasas bidang surgeri, anatomi serantau dan pengasas Sekolah Anestesia Rusia. Surgeri menjadi sains disebabkan oleh beliau.

Ivan Pavlov
Pavlov merupakan pengasas fisiologi untuk aktiviti saraf peringkat tinggi. Beliau adalah pemenang Hadiah Nobel Rusia pertama (1904). Beliau menerima anugerah untuk fisiologi pencernaan.

Elie Metchnikoff
Pavlov merupakan pengasas fisiologi untuk aktiviti saraf peringkat tinggi. Beliau adalah pemenang Hadiah Nobel Rusia pertama (1904). Beliau menerima anugerah untuk fisiologi pencernaan.

Alexander Mozhaysky
Mozhaysky merupakan pegawai tentera laut dan pencipta. Beliau mereka bentuk, membina dan menguji satu daripada kapal terbang pertama dunia (1882).

Nikolay Zhukovsky
Zhukovsky merupakan bapa pengasas penerbangan Rusia. Beliau juga merupakan pengasas hidrodinamik moden. Siswazah dan kemudiannya menjadi profesor di Universiti Negeri Moscow.

Vladimir Zworykin
Jurutera dan pencipta. Dilahirkan dan mendapat pendidikan di Rusia. Salah seorang bapa pengasas dan pelopor televisyen. Beliau mencipta tiub sinar katod (1929), ikonoskop (1931), sistem elektrooptik televisyen (1933) dan meletakkan asas bagi televisyen berwarna (1940an).

Pavel Cherenkov
Cherenkov merupakan penulis bagi beberapa penemuan utama dalam optik fizik, nuklear dan fizik bertenaga tinggi. Beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel untuk Fizik pada 1958.

Nikolay Vavilov
Vavilov merupakan ahli botani dan ahli genetik, dikenali sebagai seorang yang mewujudkan asas saintifik bagi pilihan dan kajian asal-usul pokok tanaman. Beliau merupakan penulis bagi doktrin imunisasi pokok.

Lev Landau
Laundau merupakan penulis bagi "Kursus Teori Fizik", yang telah diterbitkan beberapa kali ke dalam 20 bahasa. Beliau membuat sumbangan besar kepada semua bidang sains fizikal, daripada mekanik kuantum kepada fizik plasma. Pada tahun 1962 beliau menerima Hadiah Nobel bagi Fizik untuk penyelidikan superbendalir helium.

Nikolay Basov
Salah seorang daripada pereka generator kunatum pertama dan pelbagai laser. Pemenang Hadiah Nobel untuk Fizik pada tahun 1964. Siswazah Institut Kejuruteraan Fizik Moscow.

Alexander Prokhorov
Pencipta teknologi laser. Beliau mencipta pelbagai laser. Pemenang Hadiah Nobel untuk Fizik pada tahun 1964.

Pyotr Kapitsa
Universiti Politeknik Peter the Great St. Petersburg. Salah seorang pengasas Institut Fizik dan Teknologi Moscow.

Bogdanov
Leonid Kantorovich
Ahli matematik, ahli ekonomi, dan pengasas program linear. Pemenang Hadiah Nobel untuk Ekonomi pada tahun 1975.

Nikolay Semyonov
Salah seorang pengasas fizik kimia. Beliau lebih dikenali dengan penyelidikannya berkenaan tindak balas berantai. Pemenang Hadiah Nobel untuk Kimia pada tahun 1958. Beliau seorang siswazah dari jabatan fizik Universiti Petrograd dan mengajar di Institut Politeknik Tomsk dan Universiti Tomsk. Salah seorang pengasas Institut Fizik dan Teknologi Moscow.

Igor Kurchatov
Penulis beberapa penemuan cemerlang dalam fizik nuklear. Antaranya: reaktor nuklear pertama di Eropah, A-bom pertama Rusia dan bom pelakuran. Pada 1954 beliau bertanggungjawab membina loji kuasa nuklear pertama di Obninsk, Soviet Union.

sakharov-center.ru
Andrei Sakharov
Pelopor penyelidikan termonuklear terkawal. Salah seorang tokoh terkenal dalam projek bom termonuklear Soviet (1953). Aktivis hak asasi manusia terkenal dan pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada 1975.

Sergey Korolev
Korolev merupakan jurutera roket Soviet terkenal dan pereka bentuk kapal angkasa lepas dan dianggap ramai sebagai bapa ilmu astronautik praktikal. Antara pencapaian besar beliau adalah kejayaan pertama melancarkan satelit mengorbit (1957) dan penerbangan angkasa pertama manusia yang dikendalikan oleh Yuri Gagarin (1961).

Mikhail Mil
Jurutera aeroangkasa dan saintis. Pencipta siri helikopter 'Mi'. Siswazah Institut Politeknik Tomsk.

Andrei Tupolev
Pereka bentuk pesawat. Pada 1968, Tupolev memperkenalkan kapal terbang supersonik pertama dunia, Tu-144. Lebih 70 jenis pesawat telah direka dan dihasilkan secara besar-besaran bawah penyeliaannya.

Svyatoslav Fyodorov
Ahli oftalmologi dan pakar bedah mikro. Pada 1962, dengan kerjasama Valery Zakharov, beliau mencipta satu daripada lensa intraokular paling tegar dunia. Pada 1973, beliau membangunkan teknikal pembedahan baharu untuk merawat glaukoma pada peringkat awal. Hasilnya, kaedah beliau digunakan dengan meluas.

Zhores Alferov
Penulis kepada lebih daripada 500 kertas kerja saintifik dan sekitar 50 ciptaan dalam semikonduktor dan elektronik kuantum. Secara khusus, Alferov mencipta transistor stabil yang pertama. Beliau telah dianugerahkan Hadiah Nobel untuk Fizik pada tahun 2000. Siswazah dari Institut Elektroteknikal Leningrad.

Grigori Perelman
Seorang daripada ahli matematik kontemporari yang sangat terkenal. Beliau menyelesaikan teka-teki Poincare, satu daripada tujuh Masalah Hadiah Milenium (2002).

Andre Geim and Konstantin Novoselov
Siswazah dari Institut Fizik dan Teknologi Moscow. Pemenang Hadiah Nobel untuk Fizik pada tahun 2010 bagi kajian mereka berkenaan grafen, bahan yang dikatakan menentukan masa depan elektronik.

Yuri Oganesyan
Mengetuai penyelidikan bermatlamat sintesis elemen kimia baharu. Dari tahun 1999-2010, beliau dan rakan sekerjanya merupakan yang pertama mensintesis 6 elemen super berat terlebih dahulu daripada rakan sejawat barat mereka.

Alexei Starobinsky
Pelopor "teori pengembungan" yang menjelaskan kelahiran dunia. Pemenang Hadiah Kavli untuk astrofizik (2014).

Rashid Sunyaev
Salah seorang penulis teori yang sedang dikenali sebagai kesan Sunyaev-Zel'dovich iaitu elektron dikaitkan dengan gas dalam kluster galaksi sedikit demi sedikit menyelerakkan radiasi latar belakang gelombang mikro kosmik. Pemenang Hadiah Kyoto (2011), anugerah yang diberikan kerana menjadikan dunia lebih baik.

Office
Mikhail Lukin
Siswazah dari Institut Fizik dan Teknologi Moscow. Profesor di Universiti Harvard. Beliau membuktikan pancaran cahaya boleh dihentikan dalam persekitaran dan kemudiannya dikawal dengan laser. Teknologi yang dibangunkan boleh digunakan dalam komputer kuantum - langkah baharu dalam pembangunan teknologi kemanusiaan.

Kovalev
Artem Oganov
Siswazah Universiti Negeri Lomonosov Moscow yang bekerja di Institut Fizik dan Teknologi Moscow. Profesor di Universiti Stony Brook (New York). Beliau lebih dikenali dengan hasil kerjanya berkenaan penemuan bahan berkomputer dan jangkaan struktur kristal. Beliau memenangi banyak hadiah berprestij, termasuk Hadiah ETH Latsis, Pingat Penyelidikan Cemerlang daripada Kesatuan Mineralogi Eropah, dan anugerah tiga kertas kerja paling kerap dipetik daripada Elsevier. Beliau membina makmal di China dan Rusia.

Dmitry Svergun
Siswazah dari Universiti Negeri Lomonosov Moscow. Menerima pengiktirafan dunia bagi aplikasi praktikal radiasi sinar-X. Profesor, Habil. PhD. Beliau merupakan ketua Makmal Penyelidikan Biologi Molekul Eropah di Hamburg.

Vladimir Krasnopolsky
Membuat beberapa penemuan berkenaan Sistem Solar kita. Beliau merupakan salah seorang pencipta spektrometer bagi kajian antara planet Soviet yang pertama. Beliau menemui lapisan ozon, helium dan metana di dalam atmosfera Marikh.

Forschungsinstitut
Oberwolfach
Alexander Holevo
Penulis 170 kertas kerja, termasuk buku yang diterbitkan di luar negeri. Beliau telah memberikan sumbangan penting kepada asas matematik bagi sains maklumat kuantum. Beliau merupakan pemegang tiga anugerah antarabangsa: Anugerah Komunikasi Kuantum (1996), Anugerah Penyelidikan Alexander von Humboldt (1999) dan Anugerah Claude E. Shannon (2016). Siswazah dari Institut Fizik dan Teknologi Moscow.

Eugene Kaspersky
Pakar terkemuka dunia dalam keselamatan siber. Beliau merupakan pencipta perisian anti-virus yang direka untuk melindungi pengguna daripada virus komputer, trojan, perisian intip, dan ancaman yang tidak diketahui. Eugene Kaspersky disenaraikan oleh Polisi Asing sebagai seorang daripada 100 Teratas Pemikir Global 2012. Beliau mempunyai ijazah Doktor Kehormat Teknologi dari Universiti Plymouth.
Kongsi