Lima Program Terbaik HSE 2020

Lima Program Terbaik HSE 2020

Sekolah Tinggi Ekonomi adalah universiti Rusia yang berprestij. Pada mulanya, ia khusus kepada bidang ekonomi tetapi kemudian, HSE memperluas senarai bidang pengajian secara dramatik. Lihat lima program paling popular daripada pelbagai peringkat.

Sekolah Tinggi Ekonomi adalah universiti Rusia yang berprestij. Pada mulanya, ia khusus kepada bidang ekonomi tetapi kemudian, HSE memperluas senarai bidang pengajian secara dramatik. Lihat lima program paling popular daripada pelbagai peringkat.

  1. Program Sarjana Muda “Economi” 

  2. "Ekonomi," salah satu program HSE yang paling dicari, menampung 1300 orang pelajar pada tahun ini, termasuk lebih daripada 200 orang pelajar asing. Ia diajar oleh 50 orang profesor. Bahasa pengantar ialah bahasa Rusia; beberapa kursus dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Tempoh pengajian: empat tahun. Selama ini, pelajar mendapat latihan berkualiti dalam matematik, ekonomi dan kewangan dan memperoleh pengalaman penyelidikan, perancangan dan kerja berpasukan. Lebih daripada 25 peratus pelajar mengikuti latihan di universiti rakan kongsi HSE di Eropah. Banyak graduan HSE memasuki universiti antarabangsa yang berprestij untuk melanjutkan pelajaran, seperti Universiti Stanford, Universiti New York, Universiti Brown, Sekolah Perniagaan London dll.

    Bidang pengajian: 

    Ekonomi dan Pengurusan.

    Peperiksaan kemasukan:

    Matematik, Bahasa Rusia.

    Yuran pengajian: 

    580,000 rubel setahun.

    Ijazah: 

    ijazah sarjana muda dalam bidang ekonomi.

  3. Program Sarjana Muda “Kejuruteraan Perisian” 
  4. Program ini menggabungkan ilmu teori dan praktikal dan bertujuan untuk melatih pembangun perisian dan arkitek bagi memenuhi keperluan industri internet dunia yang semakin berkembang. Pelajar tertumpu kepada analisis matematik, matematik diskret, teori kebarangkalian dan lain-lain dan pada masa yang sama mempelajari disiplin pengaturcaraan dan melaksanakan projek yang diselia oleh pakar fakulti terkemuka. Bahasa pengantar utama ialah bahasa Rusia; beberapa kursus dijalankan dalam bahasa Inggeris. Tempoh pengajian: empat tahun. Graduan bekerja sebagai pembangun perisian dan arkitek di syarikat-syarikat Rusia dan antarabangsa terkemuka seperti Yandex, Kaspersky Lab, Google, Microsoft, Bing dll. serta di jabatan IT milik bank dan badan-badan kerajaan.

    Bidang pengajian: 

    Teknologi Maklumat dan Komputer.

    Peperiksaan kemasukan: 

    Matematik, Bahasa Rusia, Bahasa Inggeris.

    Yuran pengajian: 

    550,000 rubel setahun.

    Ijazah: 

    Program Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Perisian.

  5. Program Sarjana “Sains Data” 
  6. Program dalam bahasa Inggeris ini unik kerana ia difokuskan kepada perlombongan data yang sedia ada serta teknologi pembelajaran mesin sambil menawarkan kajian berpandukan analisis dan reka bentuk model matematik, algoritma dan program analisis data. Kuliah dikendalikan oleh guru Pusat Pengajian Analisis Data dan Kepintaran Buatan, Pusat Pengajian Pengambilan Data Besar dan Maklumat, Jabatan Bersama dengan Yandex dan Jabatan Teknologi Pemodelan Sistem Kompleks. Tempoh pengajian: dua tahun. Para graduan mempunyai kemahiran seperti pengambilan data, pengumpulan, penyimpanan, penyediaan, analisis dan interpretasi.

    Bidang pengajian: 

    Matematik dan Mekanik.

    Peperiksaan kemasukan: 

    Calon-calon dikehendaki menyediakan portfolio dan mempunyai pengetahuan asas mengenai matematik dan informatik.

    Yuran pengajian: 

    390,000 rubel setahun.

    Ijazah: 

    ijazah sarjana dalam Matematik Gunaan dan Informatik.

  7. Program Sarjana  “Pengajian Rusia” 
  8. HSE melancarkan program sarjana yang diajar dalam bahasa Inggeris ini pada tahun 2019. Ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan teori dan praktikal yang komprehensif mengenai Rusia moden. Ini ditujukan untuk mereka yang merancang untuk bekerja dengan syarikat Rusia dan berusaha memahami negara Rusia. Program ini menggabungkan disiplin politik asas dan sekumpulan kursus yang mengetengahkan politik Rusia, perniagaan ekonomi dan budaya. Tempoh pengajian: dua tahun.

    Bidang pengajian: 

    Ilmu Politik dan Kajian Wilayah.

    Peperiksaan kemasukan:

    Pelajar antarabangsa harus menyediakan portfolio.

    Yuran pengajian: 

    390,000 rubel setahun.

    Ijazah: 

    ijazah sarjana dalam Sains Politik.

  9. Program Persediaan Bahasa Inggeris dalam bidang Ekonomi

Program ini mempersiapkan pelajar bagi pengajian peringkat ijazah dalam bidang ekonomi dalam bahasa Inggeris. Ia memberikan pengetahuan asas mengenai ekonomi dan kewangan serta mengembangkan kemahiran analisis. Kurikulum kursus menggabungkan latihan bahasa Inggeris dan modul-modul khusus subjek. Semua pelajar yang menyempurnakan program persediaan ini layak mendapat diskaun program peringkat Ijazah HSE. Tempoh pengajian: Februari - Ogos. Anda boleh menghantar permohonan anda untuk tahun 2021.

Peperiksaan kemasukan: 

Bahasa Inggeris, Matematik.

Sijil: 

sijil perakuan tamat.

Yuran pengajian: 

150,000 rubel (kos tambahan: kos visa, penginapan di asrama, insurans perubatan dan bahan-bahan latihan)

Lihat senarai dokumen-dokumen yang diperlukan pemohon program siswazah HSE di sini. Pusat Perundingan HSE membantu pemohon-pemohon antarabangsa menyiapkan dokumen yang harus dimuat naik di laman web universiti sebelum 14 Ogos 2020. Peperiksaan masuk dan temu duga diadakan dalam talian; jadual peperiksaan boleh didapatkan di laman web HSE.

Cipta akaun peribadi di laman web kami untuk menulis surat kepada wakil HSE atau menghantar permohonan anda. Anda akan mendapat balasan dalam masa sepuluh hari bekerja.


Kongsi