Dasar Privasi

Pelawat yang dihormati!

1. Jika melanggan berita dari https://studyinrussia.ru/ (Laman Web) atau memohon kepada pihak pentadbiran Laman Web, Laman Web akan meminta nama dan alamat e-mel anda secara automatik. Maklumat yang dinyatakan; e-mel milik individu yang menggunakan Laman Web dan/atau menghantar e-mel mereka ke alamat-alamat yang dipaparkan di Laman Web; maklumat tersimpan secara automatik mengenai halaman web yang dilayari oleh pelawat di Laman Web; maklumat lain (termasuk data peribadi) yang disediakan oleh pengguna - disimpan di Laman Web untuk tujuan yang dinyatakan dalam halaman 3 Notis ini.

2. Maklumat mengenai pengguna Laman Web yang tersimpan di Laman Web digunakan secara eksklusif untuk tujuan meningkatkan cara-cara dan kaedah-kaedah penyediaan maklumat di Laman Web, peningkatan perkhidmatan pelanggan, pengenalpastian laman web yang paling kerap dikunjungi (perkhidmatan interaktif) Laman web, untuk statistik pelawat, untuk menghantar berita dan bahan-bahan kepada pengguna Laman web yang berminat, dan untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan mengenai pentadbiran Laman Web.

3. Di luar skop yang dijelaskan dalam halaman 2 di atas, tidak ada maklumat mengenai pengguna Laman Web yang boleh didedahkan atau digunakan. Hanya orang yang diberi kuasa di bawah halaman 2 Notis ini yang mempunyai akses kepada maklumat yang dinyatakan. Individu-individu ini telah dimaklumkan mengenai tanggungjawab mereka atas pendedahan secara tidak sengaja atau sengaja atau penggunaan maklumat tersebut secara tidak sah.

4. Maklumat peribadi pengguna disimpan dan dikendalikan bertepatan dengan kehendak undang-undang Rusia mengenai data peribadi.

5. Sebarang maklumat yang diterbitkan berkaitan dengan maklumat yang dinyatakan dalam halaman 2 daripada Notis ini disediakan untuk penggunaan selanjutnya (penyebaran) dalam bentuk umum tanpa menunjukkan rangkaian alamat spesifik (elektronik) atau nama domain pengguna (pelawat) Laman Web.

6. Semasa memilih hiperpautan yang diterbitkan di Laman Web dan bertukar ke laman Internet lain, pengguna meninggalkan Laman web ini. Pentadbiran Laman Web tidak bertanggungjawab untuk maklumat (perbezaan, peninggalan, ketidaktepatan) sumber Internet organisasi lain. Hiperpautan ke laman web lain disediakan untuk kemudahan pengguna sahaja dan ini tidak bermaksud bahawa pihak admin Laman Web meluluskan atau menyokong sumber Internet yang ditunjukkan atau bertanggungjawab terhadap kandungannya.

7. Pentadbiran Laman Web dan teknologi yang digunakan di Laman Web tidak memerlukan maklumat mengenai dokumen, nombor-nombor kad kredit atau maklumat lain.

8. Pentadbiran Laman Web tidak bertanggung jawab ke atas penggunaan makumat (baik yang sah dan tidak sah) mengenai pengguna-pengguna Laman Web yang disimpan oleh Laman Web oleh pihak ketiga termasuk penyebaran atau pengeluaran semula maklumat tersebut oleh pihak ketiga.

9. Pentadbiran Laman Web berhak untuk menyunting dan mengemas kini teks Notis ini pada bila-bila masa tanpa pengumuman. Pengubahsuaian seperti itu berkuat kuasa dari saat penyiaran di Laman web.