Peluang Pekerjaan untuk Pelajar Antarabangsa di Rusia

Work Opportunities for International Students in Russia
© shutterstock.com

Untuk bekerja di Rusia, rakyat asing mesti berumur majoriti (18+ tahun) dan mempunyai permit relevan daripada Pentadbiran Am untuk Masalah Migrasi Kementerian Dalam Negeri Rusia.

Работа для иностранных студентов в России
© MISiS
Pelajar antarabangsan tidak perlu permit jika mereka bekerja di universiti (aatau persatuan gabungan) di luar masa kelas (termasuk cuti).

Dalam kes yang lain, permit adalah diperlukan. Permit dikeluarkan hanya kepada pelajar sepenuh masa di universiti bertauliah. Pelajar hanya boleh bekerja menurut pekerjaan yang dinyatakan dalam permit, dan di dalam wilayah (bandar) lokasi universiti mereka.

Permit dikeluarkan untuk 1 tahun dan perlu dilanjutkan bagi tempoh kontrak pekerjaan tersebut. Jika pelajar tidak meneruskan kursus mereka, permit akan dibatalkan.
Work Opportunities for International Students in Russia
© shutterstock.com

Jika pelajar menukar pekerjaan sebelum tempoh permit semasa berakhir, mereka boleh bekerja menggunakan dokumen ini di tempat pekerjaan baharu, tetapi mereka mesti memaklumkan Pentadbiran Am untuk Masalah Migrasi Kementerian Dalam Negeri Rusia perubahan tersebut.

Dari 2014, semakin mudah bagi pelajar antarabangsa untuk menguruskan permit kerja: bilangan dokumen yang diperlukan sudah berkurangan dan terma pemprosesan sekarang adalah singkat (10 hari bekerja).

Permit dikeluarkan oleh Pejabat Wilayah Pentadbiran Am untuk Masalah Migrasi Kementerian Dalam Negeri Rusia, tempat dokumen berikut perlu dihantar:

Work Opportunities for International Students in Russia
© shutterstock.com
  1. Permohonan
  2. Pasport
  3. Resit yuran pembayaran
  4. kad Migrasi (3,500 rubel pada 2018)
  5. Kontrak pekerjaan
  6. Sijil mengesahkan status HIV-negatif, tiada penyakit berjangkit atau penagihan dadah
  7. Kenyataan daripada universiti mengesahkan bahawa pelajar ini mendaftar untuk kursus sepenuh masa

Apa akan berlaku jika saya bekerja tanpa dokumen yang diperlukan?

Rakyat asing yang bekerja tanpa permit berhadapan denda daripada 2,000 hingga 5,000 rubel. Di Moscow, Saint Petersburg, Moscow dan wilayah Leningrad, hukuman termasuk penalti 5,000-7,000 rubel dan deportasi dari Rusia.
Kongsi