Undang-undang Migrasi Rusia

Picture №1 – Russian Migration Law
© shutterstock.com

Untuk tinggal di Rusia secara sah, pelajar antarabangsa perlu:

  • Mengisi Borang Migrasi
  • Mendaftar dengan Perkhidmatan Migrasi
Selepas ini, jangan lupa untuk melanjutkan dokumen visa dan migrasi anda. Kali pertama perkara ini perlu dilakukan adalah 3 bulan selepas ketibaan anda.

Kad Migrasi

Picture №2 – Russian Migration Law
© shutterstock.com

Kad Migrasi perlu diisi oleh semua rakyat asing, sama ada mereka tiba di Rusia dengan visa atau tidak. Borang percuma diedarkan dalam kapal terbang, keretapi, dan sebelum kawalan pasport di lapangan terbang (atau stesen keretapi).

Kad Migrasi merupakan sijil sah anda merentasi sempadan Rusia. Bersama-sama pasport anda, ini merupakan dokumen penting untuk anda tinggal di Rusia. Anda tidak boleh mendaftar dengan Perkhidmatan Migrasi jika anda tiada kad ini. Apabila mengisi kad ini, cuba untuk tidak melakukan sebarang kesilapan kerana anda akan mengambil masa yang lama untuk membetulkannya kemudian.

Bagaimana untuk saya mengisi Kad Migrasi?

Kad Migrasi perlu diisi dalam bahasa Rusia (atau dalam bahasa Latin jika anda tidak tahu bahasa Rusia) supaya mudah dibaca, tanpa pemadaman atau pembetulan.

Selepas itu anda serahkan kad tersebut kepada pegawai kawalan sempadan. Anda akan diberikan bahagian borang yang boleh diceraikan yang akan menjadi Kad Migrasi anda. Simpan sehingga anda meninggalkan Persekutuan Rusia.

Berapa lamakah Kad Migrasi ini sah?

Kad Migrasi ini sah sepanjang tempoh anda tinggal di Rusia. Jika anda meninggalkan negara, serahkan kepada kawalan sempadan dan isi borang baharu apabila anda kembali.

Perkhidmatan Migrasi

Rakyat asing tiba di Rusia untuk belajar (dengan atau tanpa visa) mesti mendaftar dengan Perkhidmatan Migrasi dalam tempoh 7 hari selepas ketibaan mereka. Universiti anda akan menguruskan proses ini dan anda perlu membawa dokumen ke pejabat antarabangsa universiti dalam tempoh 3 hari selepas ketibaan anda. Alamat sebenar pelajar mesti ditetapkan sebagai tempat pendaftaran. Jika pelajar tinggal di dormitori universiti, kakitangan dormitori akan mendaftarkan mereka dengan alamat ini. Pemilik apartment perlu memastikan pelajar yang ingin menyewa apartment mendaftar dengan pihak berkuasa daerah.
Picture №3 – Russian Migration Law
© shutterstock.com

Pakej dokumen termasuk: pasport anda (atau dokumen identiti), visa (jika anda perlukan visa untuk memasuki Rusia), dan Kad Migrasi. Dokumen asal dan salinan dokumen ini diperlukan.

Universiti anda akan memberikan bahagian dokumen ketibaan yang diceraikan dengan cop Pentadbiran Am untuk Masalah Migrasi Kementerian Dalam Negeri Rusia. Ini dokumen pendaftaran anda dengan Perkhidmatan Migrasi. Dokumen ini memberikan anda hak untuk berada di negara pada tempoh yang dinyatakan (pertama selama 3 bulan, kemudian selama 1 tahun). Dokumen tersebut perlu dilanjutkan ke badan wilayah General Administration for Isu Migrasi Kementerian Dalam Negeri Rusia.

Bagaimana saya perlu melanjutkan dokumen ketibaan?

Dua minggu sebelum dokumen ketibaan anda tamat tempoh, hubungi pejabat antarabangsa universiti anda untuk melanjutkannya.

Jika rakyat asing mengembara seluruh Rusia, mendaftar masuk hotel, keluar dan kembali ke negara Rusia, dan sekiranya sebarang perubahan maklumat, dokumen ketibaan perlu dikeluarkan semula melalui jabatan surat-menyurat universiti.

Tiada yuran dikenakan untuk mendaftar dengan Perkhidmatan Migrasi dan melanjutkan tempoh dokumen ketibaan.

Kehilangan dan kerosakan kepada dokumen migrasi

Jika Kad Migrasi anda hilang atau rosak, anda perlu memohon kepadaPentadbiran Am untuk Masalah Migrasi Kementerian Dalam Negeri Rusia tempat anda mendaftar, dalam tempoh 3 hari. Setelah menghantar dokumen (pasport, visa, kad pengenalan pelajar, bahagian dokumen ketibaan yang diceraikan dll) anda akan diberikan salinan percuma.

Jika anda kehilangan sebahagian dokumen ketibaan, anda perlu memohon kepada Pentadbiran Am untuk Masalah Migrasi Kementerian Dalam Negeri Rusia tempat anda mendaftar dan menulis pengisytiharan. Apabila dokumen telah disahkan, anda akan diberikan salinan dokumen ini (biasanya dalam tempoh 3 hari) secara percuma.

Pejabat antarabangsa akan membantu anda mengeluarkan semula dokumen yang hilang. Perkara paling penting adalah untuk menyiapkan urusan ini dalam tempoh 3 hari mengikut undang-undang.

Apa akan berlaku jika saya melanggar peraturan migrasi?

Kegagalan untuk mematuhi keperluan migrasi boleh dikenakan hukuman denda. Secagai contoh, di Moscow dan Saint Petersburg ini di antara 5,000 dan 7,000 rubel. Dalam kes-kes tertentu, jika rakyat asing tidak mempunyai dokumen yang diperlukan mereka mungkin dideportasi dari Rusia. Dua atau lebih penyelewengan pentadbiran dalam 3 tahun boleh dikenakan hukuman tiga tahun diharamkan memasuki negara Rusia.
Kongsi