Manfaat untuk Pelajar

Discounts for Russian students
© shutterstock.com

Pelajar universiti Rusia, termasuk pelajar antarabangsa, boleh menjangkakan beberapa jenis diskaun.

Pengangkutan Bandar

Discounts for Russian students

Pelajar sepenuh masa di universiti Rusia akreditasi negeri berhak untuk menerima pengurangan tarif untuk pengangkutan awam (metro, bas, bas troli dan tram). Diskaun ini sangat ketara: jika pas metro bulanan tanpa had biasa berharga 2,570 rubel (USD 37) di Moscow, pas pelajar hanya berharga 405 rubel (USD 6) (harga pada 2020).

Diskaun ini sah sepanjang tahun. Untuk mendapatkannya, anda perlu memohon kad ID pelajar atau kad sosial pelajar (bergantung kepada wilayah) di pejabat tiket atau pusat perlindungan sosial (bergantung kepada wilayah).

Biasanya anda perlu menunjukkan pasport dan kad ID pelajar. Hubungi universiti anda untuk maklumat lanjut.

Ketika anda menyusun tiket perjalanan konsesi, anda masih boleh jimat dengan mengambil peluang kadar keutamaan. Maklumat lanjut di bahagian Pengangkutan.

Pengangkutan Pinggir Bandar

Pelajar sepenuh masa universiti Rusia mempunyai hak sebanyak 50% diskaun untuk perjalanan dengan keretapi pinggir bandar (dalam wilayah tunggal). Diskaun sah dari 1 September hingga 15 Jun termasuk setiap tahun.

Anda akan menerima diskaun apabila anda membeli tiket perjalanan sehala dengan mempamerkan kad ID pelajar anda di pejabat tiket. Bagi perjalanan kerap, anda boleh mendapatkan pas perjalanan atau kad pengangkutan.

Ketika pemeriksaaan tiket dalam pengangkutan awam dan pinggir bandar, sebagai tambahan kepada pas perjalanan anda (atau tiket perjalanan sehala), anda perlu mempamerkan ID pelajar yang sah yang mengesahkan hak anda untuk diskaun.

Tempat Tarikan Kebudayaan

Discounts for Russian students
© UNN

Di Rusia, apabila melawat muzium, pelajar ditawarkan beberapa diskaun, daripada pengurangan harga tiket (sebagai contoh, di Tretyakov Gallery dan Pushkin Museum) kepada pas percuma (seperti ke Hermitage dan Kolomenskoye Museum). Maklumat lanjut tentang diskaun dan promosi, termasuk hari kemasukan percuma, boleh didapati di laman sesawang rasmi muzium.

Jangan lupa bahawa anda perlu mempamerkan kad ID pelajar yang sah untuk mendapatkan diskaun.
Setiap tahun pada bulan Mei, banyak tarikan kebudayaan Rusia dibuka kepada umum secara percuma sebagai sebahagian daripada Night of Museums. Pelawat juga menghadiri pameran istimewa yang ditawarkan, seminar, syarahan, bengkel, konsert dan banyak lagi.

Membeli Belah dan Perkhidmatan

Diskaun untuk pelajar biasanya ditawarkan oleh pelbagai syarikat (domestik dan antarabangsa) dan penyedia perkhidmatan.

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan jualan dan acara di kedai dan dalam talian. Banyak kedai mengedarkan risalah di universiti, perpustakaan, dan kafe. Promosi istimewa biasanya diadakan pada malam percutian pelajar dan permulaan tahun akademik.

Kad ISIC di Rusia

Discounts for Students

Kad antarabangsa ISIC lebih sesuai untuk mereka yang merancang perjalanan luar negara yang kerap ketika belajar di Rusia. Kad ini menawarkan diskaun dalam lebih daripada 130 negara seluruh dunia, yang mana kad ID universiti Rusia tidak sah.

Kad ISIC memberikan anda akses percuma ke muzium, teater dan pusat kebudayaan di negara-negara yang menyertai, juga diskaun untuk percutian and perjalanan udara, hotel dan penginapan asrama, program latihan dan program pendidikan, dan belian luar talian dan atas talian.

Di Rusia, pemegang kad ISIC layak untuk lebih daripada 3,000 diskaun, ada yang juga diberikan dengan mempamerkan kad ID pelajar Rusia yang biasa. Sebelum membeli kad ISIC, pastikan anda membaca keseluruhan tawaran yang ada dalam cersi Rusia dalam laman sesawang ISIC - mungkin kad ID pelajar Rusia sudah mencukupi.

Kongsi