Universiti-universiti perubatan Rusia

Universiti-universiti perubatan Rusia

Universiti perubatan Rusia melatih pakar dalam semua bidang. Pelajar antarabangsa boleh memilih pusat pengajian tinggi di ibu negara Rusia atau di mana-mana wilayah Rusia. Tempoh pengajian bergantung kepada kepakaran.

  • Calon-calon pelajar boleh diterima masuk ke program ijazah sarjana muda dalam Penjagaan Kejururawatan (tempoh pengajian: empat tahun);

  • Program ijazah pakar dalam bidang Pergigian (tempoh pengajian: lima tahun ke atas), Perubatan Am, Pediatrik (enam tahun ke atas);

  • Program residensi perubatan (latihan khusus dijalankan selama dua hingga empat tahun);

  • Pengajian pascasiswazah selama tiga tahun (sepenuh masa dan ekstramural) bagi mereka yang ingin membuat penyelidikan dan membentangkan tesis di universiti-universiti perubatan terbaik

Program khusus untuk bakal-bakal doktor dan penyelidik disediakan di universiti-universiti perubatan atau jabatan-jabatan perubatan pusat pendidikan tinggi utama Rusia.

Universiti-universiti di Moscow

Universiti yang terkenal dan berpandangan ke hadapan merangkumi

  • Universiti Perubatan Pertama Negeri Moscow Sechenov;

  • Universiti Persahabatan Rakyat Rusia (universiti pelbagai disiplin yang kukuh dan popular di kalangan warga asing);

  • nstitut Kejuruteraan dan Fizik Moscow (MEPhI), sebuah pusat penyelidikan terkemuka di mana pelajar perubatan boleh berlatih dalam teknologi maju dan baru.

Universiti Perubatan Pertama Negeri Moscow Sechenov (MSMU)

Fakulti Perubatan Am, Pergigian dan Farmasi Umum MSMU mempunyai tradisi latihan yang pelbagai dan bidang pengajian yang maju serta menarik seperti geriatrik, sains pemakanan dan genetik. Ia merupakan universiti perubatan tertua di Rusia yang menawarkan bilangan bidang dan program pengajian terbesar.

  • Jabatan Persediaan untuk pemohon antarabangsa (untuk calon sarjana muda dan sarjana) dan kursus asas lima atau sepuluh bulan tambahan, bergantung kepada penguasaan bahasa Rusia;

  • Latihan di fakulti-fakulti MSMU: pengajian ijazah pakar dan program residensi dalam kepakaran klasik atau jarang diceburi seperti Perubatan Untuk Bidang Selam(yuran pengajian: 367,000 rubel setahun);

  • Program pascasiswazah (contohnya, yuran pengajian program ekstremural sekitar 230,000 dan 320,000 rubel setahun);c

  • MSMU mempunyai fakulti berikut:

  • Fakulti Perubatan (unit praktikal dan penyelidikan tertua yang melatih pakar dalam perubatan klinikal dan semua kepakaran lain);

  • Fakulti Perubatan Pencegahan (institusi perubatan terbesar di Rusia yang melatih doktor kesihatan awam (kebersihan, epidemiologi));

  • Institut Farmasi: sebagai tambahan kepada program ijazah teras, ia menawarkan latihan dalam bidang bioteknologi dan kejuruteraan bio;

  • Institut Pergigian: Pergigian Pediatrik, Pergigian Dewasa (yuran pengajian program ijazah pakar: sekitar 520,000 rubel setahun);

  • Fakulti Pediatrik: yuran pengajian sekitar 450,000 rubel setahun;

  • Fakulti Latihan Kejururawatan Tinggi, Psikologi dan Kerja Sosial.

Universiti Persahabatan Rakyat Rusia (RUDN)

RUDN menawarkan program dalam bidang

  • Perubatan Am (sepenuh masa);

  • Pergigian (sepenuh masa);

  • Farmasi (sepenuh masa, ekstramural).

Program residensi RUDN merangkumi sebahagian besar kepakaran termasuk pembedahan, pediatrik, psikiatri dan pergigian. Program ijazah kedua dan kursus pascasiswazah dalam 33 bidang kepakaran juga disediakan; Universiti mempunyai sembilan Lembaga Akademik yang memberikan ijazah PhD dan kedoktoran. RUDN terkenal dengan program bahasa Inggeris seperti kardiologi (yuran pengajian melebihi 260,000 rubel setahun). Universiti ini bekerjasama dengan pusat-pusat penyelidikan dan klinik-klinik besar.

Universiti Penyelidikan Nuklear Kebangsaan MEPhI

MEPhI merupakan salah satu universiti penyelidikan kebangsaan pertama di Rusia. Pada tahun 2016, QS meletakkannya dalam kedudukan 50 universiti BRICS terbaik. Walaupun akademik teras MEPhI adalah pendidikan kejuruteraan (berdasarkan Universiti Fizik dan Kejuruteraan Moscow), ia secara aktif menjalankan penyelidikan perubatan dan mereka program-program perubatan seperti Fizik Perubatan dan Perubatan Nuklear.

Universiti ini sesuaiuntuk mereka yang berminat dengan teknologi perubatan maju. Warganegara asing boleh mengikuti program asas MEPhI.

Program pendidikan institut tersebut bergantung kepada sistem kredit dan modul. Pelajar-pelajar berpeluang untuk

  • Melengkapkan modul-modul sebagai sebahagian daripada program yang dilaksanakan dengan universiti perubatan rakan kongsi;

  • Mengikuti latihan amali di pusat-pusat penyelidikan dan makmal-makmal di seluruh dunia;

  • Melengkapkan program dwi ijazah.

Tahap: ijazah sarjana Bahasa pengantar: Bahasa Rusia atau bahasa Inggeris Lawati halaman program aliran bahasa Inggeris. Tempoh pengajian: dua tahun

Yuran pengajian untuk program dalam bahasa Rusia atau bahasa Inggeris: 196,820 rubel setiap semester.

Ijazah: ijazah sarjana muda bahasa pengantar: bahasa Rusia tempoh pengajian: empat tahun yuran pengajian: 176, 410 rubel setiap semester.


Universiti perubatan wilayah Siberia dan Ural

bu negara Rusia tidak memonopoli pendidikan perubatan yang berkualiti. Rusia mempunyai sekolah penyelidikan serantau yang kuat, misalnya pendidikan berkualiti disediakan di Pusat Pengajian Biologi Perubatan Universiti Negeri Ural Selatan di Chelyabinsk atau di Institut Perubatan dan Psikologi V.Zelman Universiti Negeri Novosibirsk. Dari segi kecemerlangan akademik, universiti perubatan ini setaraf dengan rakan sejawatan antarabangsa mereka.

Universiti Negeri Ural Selatan (SUSU)

SUSU mempunyai program prasiswazah, pakar dan siswazah dalam bidang kajian berpandangan ke hadapan yang menggabungkan perubatan, biologi, kejuruteraan dan fizik gunaan serta kimia. Anda boleh berlatih untuk:

  • Pakar pemakanan fungsian dan bekerja untuk program Penuaan dan Kesihatan Organisasi Kesihatan Sedunia;

  • Ahli psikologi klinikal;

  • Ahli bioteknologi dll;

Universiti ini mengatur latihan amali berorientasikan profesion biasa dan menawarkan program dwi ijazah sarjana dengan kerjasama pusat pendidikan A.S. dan Eropah.

Program Sarjana bidang kajian: Ekologi Industri dan Bioteknologi

tempoh pengajian: dua tahun mod pengajian: sepenuh masa/ekstramural Yuran pengajian: 139,000 rubel setiap semester.

Ijazah: ijazah sarjana muda tempoh pengajian: empat tahun yuran pengajian: 126,500 rubel setiap semester

Universiti Negeri Novosibirsk (NSU)

Unit NSU melatih doktor khusus untuk program latihan industri dan residensi yang diajar dalam bahasa Rusia/Inggeris. Sebagai contoh, yuran pengajian untuk program dalam dermatovenerologi adalah 580,000 rubel setahun. NSU mempunyai Fakulti Perubatan dan Psikologi yang menghasilkan tenaga perubatan mahir, seperti

  • Pengamal perubatan am;

  • Pakar Bedah;

  • Pakar perbidanan dan pakar sakit puan;

  • Ahli dermatovenerologi;

  • Ahli onkologi;

  • Ahli psikologi dll.

Universiti ini menawarkan program pascasiswazah bersama dengan Akademi Sains Perubatan Rusia dan Akademi Sains Rusia Cawangan Siberia seterusnya memberikan peluang penyelidikan perubatan dan biologi untuk para graduannya.

Ijazah: Residensi, sepenuh masa. Yuran pengajian: 5,500 dolar AS setahun. Tempoh pengajian adalah dua tahun.

Ijazah: Ijazah pakar Bahasa pengantar: Bahasa Rusia, Bahasa Inggeris tempoh pengajian: enam tahun.

Selain Siberia dan wilayah Ural, terdapat universiti-universiti perubatan di bahagian lain di negara ini.

Universiti-universiti perubatan di wilayah lain

Anda boleh menemui universiti perubatan serantau yang paling dekat dengan tempat tinggal anda. Universiti Lobachevsky Nizhny Novgorod menawarkan para pemohon antarabangsa jurusan dalam bidang biokimia, biofizik perubatan dan sibernetik perubatan. Di wilayah Volga, pendidikan berkualiti disampaikan oleh Universiti Persekutuan Kazan, di barat laut Rusia oleh Universiti Persekutuan Immanuel Kant Baltik dan di Asia Timur Rusia oleh Universiti Persekutuan Asia Timur. Setiap universiti mempunyai program menarik untuk ditawarkan.

Universiti Persekutuan Kazan (KFU)

Universiti Persekutuan Kazan diiktiraf oleh pengawas pendidikan Rosobrnadzor untuk mengajar semua kepakaran utama. Ia bekerjasama dengan institusi pendidikan di 70 buah negara. KFU mempunyai pusat bioperubatan dengan makmal khusus dan unit perubatan translasional. Universiti ini membangunkan bidang pengajian seperti

  • Ubatan klinikal, regeneratif dan translasional;

  • Pergigian;

  • Bioperubatan molekul dan kejuruteraan bioperubatan;

  • Farmasi;

  • Genomik dan bioteknologi;

  • Psikologi dalam pendidikan dll.

Program: Pergigian

Ijazah: ijazah pakar Tempoh pengajian: lima tahun Yuran pengajian: 218,400 hingga 450,000 rubel setahun; Bahasa pengantar: Bahasa Rusia, Bahasa Inggeris

Universiti Persekutuan Immanuel Kant Baltik  (IKBFU)

IKBFU menawarkan latihan khusus dalam Pergigian, Farmasi (yuran pengajian adalah 140,000 rubel setahun). Universiti ini menjalankan program pakar dan residensi dan menawarkan program dalam bahasa Inggeris dengan harga 170,000 hingga 250,000 rubel setahun. Universiti adalah peserta proaktif dalam program antarabangsa dan menganggap pengantarabangsaan dan kerjasama global sebahagian daripada keutamaannya.

Universiti Persekutuan Asia Timur (FEFU)

FEFU merupakan universiti klasik pertama di rantau ini yang ditubuhkan lebih dari satu abad yang lalu. Ia merupakan pusat penyelidikan dengan kampus ultra moden dan kemudahan penyelidikan yang inovatif. Ia mempunyai hubungan dengan syarikat-syarikat dan organisasi-organisasi besar Rusia di rantau Asia-Pasifik. FEFU menawarkan program sarjana dalam bahasa Inggeris dan program dwi ijazah dengan kerjasama universiti-universiti dari Amerika, Australia dan negara-negara lain. FEFU menyediakan latihan dalam

  • Perubatan klinikal;

  • Farmasi;

  • Psikologi klinikal;

  • Perubatan biokimia dan biofizik.

Yuran pengajian untuk program dalam bidang Farmasi: 140,000 hingga 150,000 rubel setahun; Bayaran untuk kepakaran utama: mencecah180,000 rubel

Lihat perincian program universiti perubatan di portal Study in Russia
LEARN MORE
Kongsi