Pelajar-pelajar Antarabangsa di Universiti Rusia

Pelajar-pelajar Antarabangsa di Universiti Rusia

Rusia adalah destinasi pengajian luar negara yang dicari ramai golongan muda dari seluruh dunia. Artikel ini menamakan negara asal, universiti-universiti Rusia dan profesion-profesion yang popular di kalangan para pelajar antarabangsa dan memberi maklumat mengenai yuran pengajian.

Rusia adalah destinasi pengajian luar negara yang dicari ramai golongan muda dari seluruh dunia. Artikel ini menamakan negara asal, universiti-universiti Rusia dan profesion-profesion yang popular di kalangan para pelajar antarabangsa dan memberi maklumat mengenai yuran pengajian.

Universiti Rusia menampakkan peningkatan bilangan pelajar antarabangsa. Pada tahun 2015/2016, negara ini memberikan latihan kepada 200,000 orang warga negara asing, pada tahun 2016/2017 menjadi 230,000 orang dan pada tahun 2017/2018 menjadi 257,000 orang. Angka tersebut menunjukkan bahawa bilangan pelajar antarabangsa meningkat sebanyak 22 peratus dalam tempoh tiga tahun. Bilangan universiti yang memberikan latihan kepada pelajar-pelajar antarabangsa telah meningkat daripada 693 buah pada tahun 2016/2017 kepada 703 buah dan kini merangkumi hampir 92 peratus daripada 766 buah universiti yang beroperasi di Rusia.

Negara asal

Universiti Rusia terkenal di kebanyakan negara; Komanwel Negara-negara Merdeka merangkumi majoriti pemohon: pada tahun 2017/2018, 136,090 orang warganegara CIS telah belajar di Rusia. Kazakhstan adalah negara asal paling ramai dengan 41,285 orang pemohon, diikuti oleh Turkmenistan (22,093), Uzbekistan (16,954) dan negara-negara Asia (64,621). Pada tahun 2017/2018, ramai pelajar berasal dari rantau Asia dengan China menjadi negara asal paling ramai (29,172) diikuti oleh India (13,176) dan Vietnam (4,758). Selain itu juga, ramai pelajar berdasarkan tradisi berasal dari Iran, Mongolia dan Korea Selatan.

Rusia adalah destinasi pengajian luar negara yang popular bagi kalangan negara Arab dari Afrika Utara dan Timur Tengah yang berjumlah 22,180 orang pada tahun 2017/2018. Sebilangan besar pelajar berasal dari Iraq (4,438), Mesir (3,763), Maghribi (2,869) dan Syria (2,752). Negara-negara Afrika yang lain melihatkan penambahan jumlah seramai 14,589 orang lagi, peningkatan seramai 1,500 orang berbanding tahun sebelumnya.

Benua Eropah, dengan minat yang stabil dalam pendidikan tinggi di Rusia menyumbang bilangan 11,884 orang pelajar di universiti-universiti Rusia. Itali, Jerman dan Perancis adalah negara asal pelajar yang paling ramai. Lebih ramai pelajar telah tiba dari Amerika Latin (Argentina, Bolivia, Venezuela, Brazil, Colombia, Cuba, Mexico, Peru dll). Seramai 5,339 orang berasal dari wilayah ini pada tahun 2017/2018, peningkatan 21 peratus dari tahun ke tahun.

Tempat pengajian pelajar asing

Calon-calon pelajar antarabangsa sering mendaftar di universiti Moscow dan St Petersburg (masing-masing 20.5 peratus dan 8.7 peratus daripada bilangan kesemua pemohon antarabangsa). Bagi wilayah Rusia, wilayah Volga dan Siberia masing-masing menyumbang 15.8 peratus dan 11.5 peratus daripada keseluruhan bilangan pelajar antarabangsa. Universiti Persahabatan Rakyat Rusia adalah universiti paling ramai pelajar antarabangsa yang memberikan latihan kepada 14,896 orang warga asing, diikuti oleh Universiti Politeknik St Petersburg (5,928) dan Universiti Persekutuan Kazan (5,564).

Profesion paling popular

Pilihan profesion dan program yang banyak adalah salah satu kelebihan universiti Rusia. Anda boleh mempelajari hampir kesemua profesion di Rusia. Universiti-universiti kami menghasilkan pakar-pakar yang diperlukan di seluruh dunia.

Profesion kejuruteraan secara tradisionalnya adalah popular di kalangan pelajar antarabangsa. Ia sering menjadi pilihan orang muda dari Komanwel Negara-negara Merdeka dan Asia. Pada tahun 2017/2018, 6,899 orang memilih teknologi pembinaan, 6,104 kejuruteraan mekanikal dan 6,041 kejuruteraan tenaga elektrik dan haba. Universiti kejuruteraan terbaik di Rusia termasuk Universiti Penyelidikan Nuklear Kebangsaan MEPhI, Universiti Sains dan Teknologi Kebangsaan MISIS, Universiti Elektroteknik Saint Petersburg “LETI”, Universiti ITMO, Universiti Politeknik Peter the Great St. Petersburg, Universiti Politeknik Penyelidikan Kebangsaan Tomsk, Universiti Samara dan Universiti Negeri Ural Selatan.

Profesion perubatan adalah yang kedua terbanyak dari segi permintaan. Pada tahun 2017/2018, terdapat 53,500 orang pelajar antarabangsa (20.8 peratus daripada semua warganegara asing) yang mengikuti jurusan perubatan di universiti-universiti Rusia, meningkat seramai 7,700 orang berbanding tahun 2016/2017. Pelajar perubatan kebanyakannya berasal dari Asia (17,248), Afrika dan Timur Tengah (12,569) serta CIS (16,430). Program perubatan boleh didapati di Universiti Perubatan Pertama Moscow I.M.Sechenov, Universiti Persekutuan Kazan, Universiti Persekutuan Baltik Immanual Kant, Universiti Lobachevsky, Universiti Persahabatan Rakyat Rusia dll.

Ekonomi adalah bidang ketiga paling popular. Pada tahun 2017, 31,500 orang warganegara asing (12.3 peratus daripada kesemua pelajar antarabangsa) datang ke Rusia untuk belajar ekonomi. Wilayah asal yang paling terkenal adalah Komanwel Negara-negara Merdeka (18,058), Asia (8,592) dan Afrika Selatan (1,751). Kualiti pendidikan ekonomi disediakan oleh Sekolah Tinggi Ekonomi, Universiti Persekutuan Siberia, Universiti Negeri Tomsk, Universiti Persekutuan Ural dll.

Yuran pengajian di universiti Rusia

Lebih daripada 60 peratus pelajar antarabangsa di Rusia mengikuti program yang dibiayai sendiri. Latihan dalam profesion terkemuka jauh lebih murah di Rusia berbanding di Amerika Syarikat atau sebahagian besar negara Eropah. Bayaran minimum untuk program ijazah sarjana muda di universiti-universiti kejuruteraan ialah 126,500 rubel ($ 1,946) setahun, dan maksimumnya adalah 632,000 rubel ($ 9,723) setahun *, * menurut maklumat yang diberikan oleh universiti kepada laman web kami. Pelajar perubatan membayar 196,000 rubel ($ 3,015) sehingga 617,500 rubel ($ 9,500) setahun untuk program pakar. Bayaran untuk program sarjana muda ekonomi antara 99,000 rubel ($ 1,523) dan 550,000 rubel ($ 8,461), bergantung kepada universiti. *

Laman web kami menyenaraikan universiti terbaik Rusia yang merupakan sebahagian daripada projek promosi pendidikan 5-100 Rusia. Setiap bahagian universiti memberikan maklumat mengenai penginapan untuk pelajar antarabangsa, acara yang dianjurkan oleh universiti, kedudukannya dalam ranking antarabangsa dan program pendidikan. Cipta akaun peribadi di laman web kami untuk menghubungi atau memohon kemasukan ke universiti yang anda minati. Wakil-wakil universiti akan memberi balasan kepada anda dalam masa sepuluh hari bekerja.

Kongsi